Tony Pua dakwa subsidi bersasar sebelum ini dibatalkan oleh ‘Penjawat Awam Kanan’

Subsidi bersasar sudah berada di tahap akhir untuk pelaksanaan pada awal 2020, kata bekas pegawai Kementerian Kewangan Tony Pua.

Bagaimanapun, katanya, projek itu dibatalkan semasa perubahan kerajaan pada tahun itu–tetapi bukan oleh pentadbiran baru.

“Bila kita dijatuhkan, sefaham saya–dan ini berdasarkan perbualan saya dengan menteri kewangan seterusnya–bahawa sebelum dia, Tengku Zafrul (Abdul Aziz), masuk, projek itu sudah dibatalkan.



“Jadi penjawat awam kanan yang dipertanggungjawabkan terhadap projek itu, (kata) ‘Oh ini bukan projek saya, saya batalkan cepat-cepat’,” katanya.

Pua, yang ketika itu berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada menteri kewangan dari 2018 ke 2020 Lim Guan Eng, tidak menamakan penjawat awam itu.

Pua berkata demikian semasa wawancara oleh rakan partinya Ong Kian Ming yang juga bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri semasa Pakatan Harapan kali pertama memerintah.

Kerajaan itu runtuh pada 24 Feb 2020, selepas Bersatu menarik sokongan.



Menteri-menteri dalam kabinet Muhyiddin Yassin hanya mengangkat sumpah pada 9 Mac tahun itu.

Pua berkata dasar subsidi bersasar sentiasa sentiasa digerakkan oleh menteri di sebalik kurangnya sokongan penjawat awam.

“Mereka buat sebab kamu suruh mereka buat,” katanya.

Dia juga berkata penjawat awam lebih gemar subsidi bersasar disalurkan melalui pindahan tunai langsung kerana mudah dilaksana berbanding sistem yang lebih rumit.



Memperincikan rancangan ketika itu, Pua berkata subsidi akan diberikan melalui kad pengenalan yang dihubungkan dengan pangkalan data Jabatan Kerja Raya (JKR).

Subsidi diberikan berdasarkan model, umur dan jumlah kenderaan dimiliki.

Puji dalam isu 1MDB

Bagaimanapun, dalam isu 1MDB, Pua memuji pula penjawat awam.



Katanya pegawai-pegawai Kementerian Kewangan memberikan kerjasama bagi menjayakan matlamat kerajaan bagi mengurangkan beban 1MDB ketika itu.

“Saya rasa hubungan kerja agak baik dalam cubaan mendapatkan semula sebanyak wang yang mungkin untuk mengurangkan beban ini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker