Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin
Nahas Terowong Menora: Polis kesan pemandu kereta langgar ibu hamil

IPOH: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai telah terlanggar seorang ibu hamil di Kilometer 264 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) menghala ke selatan, berhampiran Terowong Menora, Ipoh pada Ahad lalu, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata pihaknya bersama PLUS masih mengesan kenderaan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan termasuk dakwaan berlakunya kecurian barang milik mangsa sewaktu kejadian terbabit yang tular dalam media sosial.

“Kita sebenarnya dalam siasatan lagi dan sedang mencari dia (pemandu), (dipercayai) bukanlah langgar lari mungkin dia (pemandu) tidak sempat nak mengelak.

“Jadi, kita dengan PLUS cuba nak tengok nombor plat kenderaan menerusi CCTV (kamera litar tertutup) dan perkara itu masih dalam siasatan kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya berharap pemandu kenderaan berkenaan tampil bagi membantu siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan apabila maklumat lengkap diperoleh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Dalam video berkenaan dipercayai kelihatan sebuah kenderaan yang melanggar mangsa tidak berhenti untuk memberikan bantuan, sebaliknya meneruskan perjalanan.

Dalam kejadian itu, mangsa serta bayi di dalam kandungan yang berusia lapan bulan dan seorang lagi anak mangsa berusia kira-kira dua tahun, Naira Falisya Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker