Tunggu PRU16 kalau nak main politik, Agong beritahu Ahli Parlimen

Tunggu PRU16 kalau nak main politik, Agong beritahu Ahli Parlimen

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen supaya menunggu pilihan raya akan datang jika hendak “bermain politik”.

Sultan Ibrahim menegaskan tidak akan melayan permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan negara.
Baginda turut mengingatkan semua pihak menghormati kerajaan perpaduan yang dibentuk.



“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan hormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk. Kalau nak ‘main politik’ tunggu pilihan raya akan datang (PRU16),” titahnya dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat.

Sultan Ibrahim juga menyeru pihak kerajaan dan pembangkang berkerjasama serta berganding bahu membangunkan negara.

Baginda akan memastikan kedaulatan, kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

“Di mata saya, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak bawah perdana menteri saja, tetapi semua 222 Ahli Parlimen telah diamanah oleh rakyat sebagai wakil mereka dalam kerajaan.



“Semua pihak sedia maklum, keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat di luar sana. Oleh itu, saya harap semua ahli yang berhormat akan tumpukan usaha membela nasib hidup mereka, bukannya untuk kepentingan parti politik atau diri sendiri,” titahnya. FMT

Tunggu PRU16 kalau nak main politik, Agong beritahu Ahli Parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin



Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker