Agong akan pastikan belanja kerajaan untuk perkara betul-betul perlu

Agong akan pastikan belanja kerajaan untuk perkara betul-betul perlu

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah akan meneliti perbelanjaan kerajaan dan memastikan setiap cadangan untuk perkara betul-betul diperlukan.

Sultan Ibrahim berharap sepanjang tempoh pemerintahannya kerajaan berjaya memperoleh lebihan fiskal setiap tahun.



“Saya juga sendiri akan melihat perbelanjaan kerajaan dengan lebih teliti dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang betul-betul diperlukan.

“Saya berharap semasa pemerintahan saya ini, kerajaan akan berjaya memperoleh lebihan fiskal setiap tahun,” titahnya dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat.

Sultan Ibrahim bertitah, dalam keadaan kewangan lemah akan menyukarkan kerajaan melaksanakan projek pembangunan baharu atau memberikan suntikan dana untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Baginda bersetuju dengan pengenalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang dapat meningkatkan tatakelola, kebertanggungjawaban serta ketelusan pengurusan kewangan awam.



“Kerajaan mesti tegas bagi membendung ketirisan dan penyelewengan dana awam,” titahnya.

Rangka dasar perpaduan rakyat

Sementara itu, Sultan Ibrahim menyeru kerajaan merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.

Seri Paduka bertitah, ini kerana terdapat rakyat yang masih gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain.



“Pepatah Melayu ada sebut ‘luntur buluh biarlah dari rebungnya’ yang bermaksud jika kita hendak lahirkan generasi masa depan yang satu padu dan saling fahmi, mesti bentuk sejak dari kecil.

“Saya seru kepada semua lapisan masyarakat supaya jaga harmoni dan jangan main isu sensitif 3R (agama, kaum, raja),” titahnya.

Sultan Ibrahim juga bertitah akan memastikan Islam yang menjadi agama rasmi negara terus dipelihara.

Baginda bertitah, agama lain boleh diamalkan dengan aman tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang Islam.



“Oleh itu, jangan ada mana-mana pihak yang gugat atau politikkan asas Perlembagaan ini,” katanya. FMT

Agong akan pastikan belanja kerajaan untuk perkara betul-betul perlu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin



Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker