Laut China Selatan: China beri amaran kepada Filipina
Laut China Selatan: China beri amaran kepada Filipina
China memberi amaran kepada Filipina sekiranya ia membuat ‘perkiraan salah’ situasi semasa maritim sama ada dengan cara tersendiri atau bersekongkol dengan kuasa luar yang ‘berniat jahat’, negara itu akan mempertahankan haknya dan bertindak balas dengan tegas.
Menteri Luar China, Wang Yi membuat kenyataan itu ketika berhubung menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Filipina semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Luar China merujuk kepada ketegangan yang berlaku di Laut China Selatan.
Wang berkata, kedua-dua negara perlu membincangkan sebarang pertikaian sebagai negara jiran dengan tugas paling mendesak ialah menguruskan situasi maritim semasa.
Katanya, kesukaran serius dalam hubungan dua hala itu disebabkan Filipina mengubah pendirian dasar dan mengingkari komitmennya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan Filipina untuk ‘kembali ke jalan yang betul’ secepat mungkin.
Untuk rekod, China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan untuk lebih AS$3 trilion perdagangan bawaan kapal tahunan termasuk bahagian yang dituntut oleh Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei. BH
Laut China Selatan: China beri amaran kepada Filipina
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah
- Peniaga gazebo rupanya penyamun kedai emas
- Norashman Najib selamat bernikah
- Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran
- Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim
- Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah
- Wanita bogel sembunyi dalam tangki air
- Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan
- Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP
- Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah
- KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
- Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu
- Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]
- UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP
- Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.