Ali Puteh tak perlu bayar faedah – Kakak ipar

Ali Puteh tak perlu bayar faedah – Kakak ipar

Kakak ipar Ali Puteh, Norhidayah Hamzah tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus tuntutan saman berjumlah RM75,486 terhadap pelawak itu.

Peguamnya, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, keputusan itu diambil selepas mendapatkan persetujuan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu bersama syarat yang ditetapkan.



“Setelah membuat penjelasan dan berbincang, Hidayah mengatakan tiada masalah untuk menerima jumlah bayaran asal dibawa Ali sebanyak RM75,486 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

“Asalkan pembayaran tersebut dibuat secepat mungkin dan saya harap Ali boleh berbuat demikian dalam masa seminggu,” katanya menerusi perkongsian video di Instagram di sini.

Ibrahim menambah, Ali jugak boleh membuat pembayaran dengan cara hadir ke firma guaman miliknya atau terus memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank milik kakak iparnya itu.

Dalam video berkenaan, peguam terbabit turut menjelaskan alasan kadar faedah sebanyak empat peratus itu dikenakan ke atas Ali bagi mengelakkan kekeliruan.



“Sebenarnya dalam mana-mana penghakiman mahkamah, ada diperuntukkan di bawah undang-undang bahawa individu yang mendapat pampasan berhak menuntut kaedah faedah sebanyak empat peratus.

“Sepatutnya lima peratus tetapi untuk kes ini hanyalah sebanyak empat peratus. Kadar faedah itu bertujuan menggalakkan individu yang berhutang membuat pembayaran secepat mungkin.

“Apabila Ali datang secara mengejut, saya tidak dapat arahan lanjut sama ada mengetepikan kadar faedah empat peratus itu untuk tempoh setahun lampau,” katanya yang ditemani Hidayah dalam sesi berkenaan.

Bagaimanapun, Hidayah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam rakaman itu.



Sebelum ini Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, berkongsi video datang ke rumah Hidayah bagi melunaskan tuntutan saman mencecah RM75,000.

Wang berkenaan adalah hasil jualan kereta, motosikal serta tujuh trofi kemenangannya dalam pelbagai program yang dilakukan bagi melunaskan hutang kepada Hidayah.

Ali dan ahli keluarganya yang lain dilihat sebak ketika bertemu dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak bersua muka.

Bagaimanapun, urusan tersebut masih lagi belum selesai selepas pihak Hidayah mahu pembayaran berkenaan diserahkan kepada peguamnya disebabkan faktor keselamatan.



Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. MG

Ali Puteh tak perlu bayar faedah – Kakak ipar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin



Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker