Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik ‘bungkus’ dengan pasangan ranking ke-25 dunia

 

Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan saingan di kejohanan berkenaan setelah tewas kepada beregu bukan pilihan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 16-21, 14-21.

Bagaimanapun satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang membalas kekalahan Aaron-Wooi Yik apabila berdepan Ching Yao-Po Han selepas ini.

Ini setelah beregu itu berjaya menyingkirkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 21-18, 19-21, 21-12 dalam pertarungan selama 61 minit.

Dalam pada itu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut mara ke suku akhir apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan beregu tuan rumah Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 16-21, 21-16, 21-12.



Sze Fei-Nur Izzuddin akan bertemu sama ada satu lagi beregu tuan rumah Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan atau pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena



Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker