Bunuh kekasih, Babun terlepas tali gantung

Bunuh kekasih, Babun terlepas tali gantung

Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh pelajar tingkatan lima yang juga kekasihnya lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara itu selepas membenarkan rayuan akhir Tarmizi Yaakob, 28, supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).



“Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 25 Okt 2015,” katanya yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Harmindar Singh Dhaliwal dan Abu Bakar Jais.

Zabidin turut membatalkan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan merogol selepas peguam Azizul Shariman Mat Yusoff yang mewakili Tarmizi memaklumkan pihaknya tidak meneruskan rayuan. Oleh itu, hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap Tarmizi kekal.

Pada 26 Mac 2019, Mahkamah Tinggi George Town di Pulau Pinang menjatuhkan hukuman mati terhadap Tarmizi yang dikenali sebagai “Babun” selepas didapati bersalah membunuh pelajar berusia 17 tahun di sebuah pangsapuri di Teluk Kumbar, George Town antara 7.30 pagi hingga 7.30 malam 25 Okt 2015.

Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap Tarmizi kerana merogol kekasihnya di tempat dan tarikh sama pada 7.30 pagi. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu bagi kesalahan membunuh dan merogol.



Terdahulu, Azizul berkata, pihaknya menyerahkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 Ogos lalu supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

“Kami mendapat jawapan daripada pihak responden (pendakwa raya) tiada halangan untuk kami memohon hukuman di bawah akta terbabit,” katanya sambil menambah rayuan hanya membabitkan hukuman dan bukan sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorhisham Mohd Jaafar mengesahkan perkara itu.

Semasa rayuan meringankan hukuman, Azizul memohon penjara minimum dengan mengambil kira perayu ialah pesalah muda ketika kejadian, iaitu 20 tahun serta mengalami terencat akal minimum akibat pengambilan dadah, selain kurang kasih sayang memandangkan ibunya meninggal dunia semasa berusia 15 tahun.



Noorhisham pula berkata semasa kejadian, perayu menggunakan pisau dan hasil laporan perubatan mendapati 18 kesan campuran pendarahan, lebam, luka dan melecet pada badan si mati.

Justeru, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara tidak kurang 35 tahun.

Bunuh kekasih, Babun terlepas tali gantung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker