Jagalah kedua anggota tubuh ini, pasti selamat dunia akhirat

Jagalah kedua anggota tubuh ini, pasti selamat dunia akhirat

Rasulullah s.a.w. menitipkan kepada kita cara menjaga lidah dan kemaluan sebagaimana dalam hadis Baginda s.a.w.

Uqbah bin Amir r.a. bertanya, “Ya Rasulullah! apakah jalan yang selamat?” Rasulullah s.a.w. menjawab,



“Tahanlah lidahmu, tetaplah dalam rumahmu dan tangisilah dosamu.”

Bagi memelihara dan menjaga lidah, Rasulullah mengajarkan kepada kita agar sedikit berbicara dan menahan lidah dari berkata sesuatu yang tidak berfaedah. Andai kita sukar menahannya juga, Rasulullah s.a.w. mengajar agar mengurangkan pergaulan dengan tetap duduk di dalam rumah. Sering bermuhasabah melihat kekurangan, kecuaian serta dosa yang telah dilakukan.

Allah s.w.t. berfirman, “Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat…” (Surah an-Nur: 30-31).



Allah mengajarkan kepada hambanya untuk memelihara kemaluan dengan cara memelihara mata dan menundukkan pandangan dari melihat perkara yang dilarang Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Mata melihat, sedang nafsu berangan-angan dengan gelojak berahi, lalu kemaluan membenarkan (mengiyakan) atau mendustakannya (menidakkannya).”

Bagaimana menjaga mulut dari menyakiti pihak lain, dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a.

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja.” (HR Bukhari & Muslim)



Oleh hal yang demikian, seharusnya bagi setiap individu Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah tidak berkata melainkan yang baik-baik sahaja walaupun ia dilontar dengan fitnah, kejian, kutukan atau apa sahaja yang menyakitkan. Jika tidak mampu berbuat demikian, hendaklah dia diam.

Kenali musuh utama

Dalam sebuah hadis riwayat daripada Abu Hurairah r.a. Rasululllah s.a.w bersabda,

“Dari kecantikan keislaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat terhadap dirinya.” (HR Tirmidzi)



Andai disakiti, adalah lebih baik bagi individu tersebut untuk meningggalkannya dan bergerak melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan. Akhir sekali dalam menjaga lidah ini, elok kita perhatikan sebuah kisah antara guru dengan muridnya.

Seorang guru pernah bertanya kepada muridnya, “Siapakah musuh kamu yang sebenar?”

Jawab murid, “Syaitan.” “Salah,” kata gurunya.

“Nafsu” jawab muridnya lagi. “Juga salah,” Jawab gurunya.



“Diri sendiri,” jawab lagi si murid. “Tetap salah,” jawab gurunya.

Setelah melihat anak muridnya menjawab beberapa kali dengan jawapan yang salah, akhirnya guru tersebut memberikan jawapan. Dia menjawab bahawa musuh kita yang sebenar adalah kejahilan.

Kejahilan musuh utama

Fitnah dan persepsi buruk yang timbul di kalangan masyarakat hari ini, salah satu puncanya disebabkan kejahilan. Mungkin jahil dalam mengenal Allah yang sentiasa menyaksikan apa yang mereka ucapkan. Mungkin juga jahil dalam mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Menyebabkan timbul persepsi negatif di kalangan kita. Itulah musuh utama kita.



Kita harus yakin dan percaya, kebatilan tidak mampu dibuang dengan mewujudkan kebatilan yang sama, atau yang lebih ringan darinya. Kebatilan akan hanya hilang dengan hak. Dan hak akan muncul dengan segak bila disusun dan diatur dengan baik.

Oleh itu, persepsi negatif atau fitnah adalah salah satu segmen kebatilan yang wujud di dalam masyarakat. Maka, haruslah kita menghilangkannya dengan mendatangkan yang hak iaitu salah satunya ilmu.

Marilah sama-sama kita wujudkan budaya ilmu di kalangan kita. Pelbagai cara boleh dilakukan walau hanya memasang radio atau membuka siaran televisyen yang bersifat ilmiah di rumah. Ketika bersiap untuk ke pejabat atau ke tempat kerja atau di mana sahaja. Insya-Allah akan turun keberkatan dan menyerlahkan yang hak dan yang batil akan mula hilang.

Sedarlah, sesama umat Islam, mereka adalah bersaudara. Moga Allah tanamkan pada setiap titisan darah yang mengalir dalam setiap tubuh umat Islam dengan kasih sayang, serta sifat saling mencintai yang kukuh.

Renungkanlah hadis daripada Baginda s.a.w. sabdanya,

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR al-Bukhari dan Muslim). Utv

Jagalah kedua anggota tubuh ini, pasti selamat dunia akhirat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker