Ahli Parlimen dan Adun Umno akan tetap pertahan Anwar Ibrahim sebagai PM

Umno akan terus memperkukuh dan mempertahankan kerajaan perpaduan, tegas Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.

“Mesyuarat (MKT) juga memperakukan bahawa semua ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun Umno akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku perdana meneri dan kerajaan perpaduan Malaysia,” katanya pada satu kenyataan malam ini.

Kata Asyraf, ketetapan tersebut sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung umno pada 14 Januari 2023.



Sementara itu, Asyraf juga berkata mesyuarat MKT Umno malam ini juga bersetuju untuk menganjurkan konvensyen kerajaan perpaduan di negeri-negeri bermula Januari tahun depan.

Sebelum ini, seorang anggota MKT Umno, Isham Jalil (gambar, atas) membangkitkan isu kerjasama antara parti itu dengan PAS susulan cadangan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar diangkat sebagai perdana menteri jika PN berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.

Isham membuat cadangan itu berikutan kemenangan besar Ahmad Shamsuri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan menewaskan BN.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker