Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Zayn Rayyan Abdul Matiin kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui meninggal dunia di kawasan sungai pada 10 malam tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohd Fakhrudin Abd Hamid dipetik Harian Metro berkata, jarak sungai dari rumah kanak-kanak itu di Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira 100m.

Katanya IPD Petaling Jaya melancarkan Op Tutup mulai 9 malam tadi yang disertai 40 anggota polis dan 60 penduduk setempat mencari di 2,484 unit rumah di 18 blok pangsapuri itu.

Pencarian turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bermula semalam di kawasan belukar dan longkang sekitar 300m radius.

Zayn Rayyan, 6, disedari hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa, sebelum ibunya membuat laporan polis dan hebahan di media sosial.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker