Mati selepas terjunan bungee dari platform tertinggi di dunia

Mati selepas terjunan bungee dari platform tertinggi di dunia

BEIJING – Seorang pelancong Jepun meninggal dunia, beberapa jam selepas dia pengsan kerana melakukan terjunan bungee dari salah satu platform tertinggi di dunia, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan mengalami sesak nafas sejurus selepas melakukan terjunan tersebut dari pelantar setinggi 232.86 meter di Menara Macau kelmarin.

Dia dihantar ke Hospital Conde S. Januário di Macau tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Syarikat Skypark yang mengendalikan aktiviti termasuk terjunan bungee di bangunan itu, mengenakan bayaran 2,888 MOP (RM1,671) bagi setiap penerjun. Pihaknya juga mengendalikan aktiviti tersebut di Perancis, Singapura dan Australia.

Dalam satu kenyataan, Skypark menyatakan akan bekerjasama pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

Pelancong Jepun itu mematuhi semua syarat keselamatan sebelum melakukan terjunan tersebut.

“Apabila kakitangan kami menerima berita bahawa dia berasa tidak sihat selepas mendarat, mereka segera memberikan pertolongan cemas dan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” kata syarikat tersebut. K Online

Mati selepas terjunan bungee dari platform tertinggi di dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker