Aku tepuh mu sampai mapuh

Aku tepuh mu sampai mapuh

PUTRAJAYA – Seorang bekas pemandu lori yang membunuh rakan sekampungnya dengan melanggar dan menggilis mangsa dengan sebuah kereta sembilan tahun lalu, terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikannya dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd. Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal selepas menggunakan kuasa budi bicara mereka bagi menggantikan hukuman mati terhadap Azami Mohamed, 49, selaku perayu dengan hukuman penjara.



Panel tiga hakim itu memutuskan demikian berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori yang berkuat kuasa 4 Julai lalu yang membenarkan mereka memilih menjatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun untuk menggantikan hukuman mati mandatori.

Justeru bapa tiga anak itu diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 2 Oktober 2014.

Dalam penghakiman panel-panel berpendapat tiada kesilapan dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mendapati perayu (Azami) bersalah atas tuduhan membunuh.

“Namun, mahkamah mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan,” kata hakim Mohamad Zabidin.



Pada 23 November 2022, Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman mati selepas menolak rayuan Azami terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 14 Julai 2019, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Azami didapati bersalah atas kesalahan membunuh membunuh Rohadi Yaacob, 49, di jalan raya Kampung Jelapang, Sungai Tong, Setiu, Terengganu pukul 6 petang pada 2 Oktober 2014.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya How May Ling berhujah bahawa mahkamah perlu mengambil kira 35 kecederaan dialami mangsa bahagian kepala dan badan selain perayu mempunyai niat membunuh.

“Semasa kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara perayu (Azami) dan si mati yang mana perayu berkata “aku akan tepuh mu (langgar mu) sampai mapuh (mampus/mati).



“Perayu juga telah melanggar si mati yang ketika itu menunggang motosikal menyebabkan mangsa melambung sehingga enam hingga tujuh meter dan jatuh ke atas jalan raya,” katanya.

Bagaimanapun peguam Mohd. Kamaruzaman A Wahab, mewakili perayu memohon mahkamah memberikan peluang kedua terhadap anak guamnya dengan menggantikan hukuman mati dengan hukuman pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.

“Anak guam saya mempunyai tiga anak. Sebelum ini dia bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,000 sebulan. Dia juga tidak mempunyai rekod lampau,” kata peguam itu. K Online

Aku tepuh mu sampai mapuh



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker