MP Bukit Gantang dedah Bersatu tak pernah bincang mengenai syarat

MP Bukit Gantang dedah Bersatu tak pernah bincang mengenai syarat

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dimaklumkan mengenai syarat yang kononnya diletakkan kerajaan untuk merunding peruntukan.

Malah, kata Syed Abu Hussin, ahli Parlimen PN, termasuk dari Bersatu tidak pernah dipanggil untuk berbincang mengenai rundingan peruntukan kepada mereka seperti yang dimahukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Saya selalu juga bertanya kepada puncuk pimpinan kenapa tak runding, jawapan yang mereka bagi syaratnya ketat.

“Apa syaratnya kita tidak dimaklumkan, malahan ahli Parlimen PN, Bersatu tidak dipanggil pun untuk menyatakan bentuk rundingan, jadi bagaimana kita nak terlibat.

“Jadi kita ni memendam rasa, yang penting bagi kita ahli Parimen ialah suara rakyat, membela kawasan saya. Dah setahun berlalu, saya tak boleh bagi apa kepada mereka kecuali elaun yang saya dapat saya belanjakan habis,” katanya dalam satu wawancara bersama portal berita Malaysiagezatte.

Pada 28 Nov lalu, Syed Abu Hussin mengumumkan sokongannya kepada perdana menteri secara terbuka di Dewan Rakyat.

Dia adalah ahli parlimen Bersatu kelima yang “berpaling tadah” dan meluahkan taat setia kepada kerajaan sehingga hari ini.

Dalam wawancaranya, Syed Abu Hussin yang juga bekas wakil rakyat BN sebelum menyertai Bersatu turut menyatakan terdapat usaha PN untuk merampas kerajaan dalam tempoh setahun ini namun gagal.

“Dalam tempoh setahun usaha-usaha untuk menukar kerajaan dibuat. Usaha-usaha untuk menarik penyokong-penyokong kerajaan dibuat oleh pucuk pimpinan PN.

“Mungkin sebab itu mereka tak mahu minta, jadi kalau mereka boleh memujuk meminta supaya ahli-ahli Parlimen kerajaan datang menyokong PN, jadi mengapa tidak boleh ahli Parlimen PN memberi sokongan kepada kerajaan,” katanya lagi. Mk

MP Bukit Gantang dedah Bersatu tak pernah bincang mengenai syarat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker