Hukum solat lelaki yang ikat rambut atau bertocang

Hukum solat lelaki yang ikat rambut atau bertocang

Berambut panjang bagi lelaki bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Islam kini. Lihat sahaja di mana-mana, terutama bagi mereka yang berkecimpung dalam genre muzik seperti rock. Mereka mempunyai rambut yang panjang melepasi bahu hingga menyerupai wanita. Bagi mereka, inilah yang dikatakan bertepatan dengan genre muzik yang mereka bawa.

Kita juga maklum, solat merupakan salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan, bagi setiap individu yang beragama Islam. Ia merupakan satu wadah dalam mengimplementasikan ketaatan, dan keikhlasan kita mengakui kekuasaan Allah Rab al-Jalil.



Hakikatnya solat membentuk manusia untuk menjadi insan yang mulia di sisi Allah, dan juga segenap makhluk. Dengan kemuliaan yang diberikan Allah inilah, maka Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang memelihara solatnya.

Firman Allah surah al-Mukminun: 9 hingga 11,

“Serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.”

Selain itu, solat merupakan ibadah yang mula-mula sekali mendapat perhatian Allah di akhirat nanti, berbanding ibadah-ibadah yang lain. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.,



“Sesungguhnya amalan pertama yang akan disoal pada hari kiamat kelak adalah ibadah solat. Sekiranya baik amalan solatnya, beruntunglah dia. Sekiranya rosak amalan solatnya, pasti dia akan merasa menyesal dan rasa rugi.

Sekiranya orang itu mendirikan solat wajib secara tidak sempurna, Allah akan menanyakan kepada para malaikat,

“Wahai para malaikat, periksalah hamba Ku ini, adakah mereka ada melakukan solat sunat? Apabila ada solat sunat yang dilakukan ia dapat menampung kekurangan solat wajib yang didirikan secara tidak sempurna. Begitu juga dengan amalan wajib yang lain.” (HR Tirmizi)

Dalil-dalil yang dibentangkan di atas, menerangkan tentang kepentingan menjaga solat dengan sempurna. Malahan ia perlu dilakukan dengan sempurna dan tertib mengikut rukun yang ditetapkan.



Selain rukun solat, kita juga perlu mengetahui setiap syarat-syarat sah serta perkara-perkara yang membatalkan solat. Ini kerana dalam setiap apa juga perkara yang dilakukan, terdapat disiplin dan peraturan yang perlu diikuti, bagi menjaga kemaslahatan yang berlaku.

Justeru dalam melaksanakan solat yang sempurna, maka kepentingan menjaga disiplin tersebut perlu, supaya solat yang dilakukan lebih berkualiti dan diterima Allah agar ganjaran yang ditawarkan dapat dimiliki.

Akan tetapi menjadi persoalan di sini, bagaimana solat lelaki yang berambut panjang atau bertocang (mengikat rambut) ini, adakah sah di sisi Islam, kerana ia seakan menyerupai wanita. Bahkan Rasulullah s.a.w. melaknat orang lelaki yang bertocang menyerupai wanita dengan dihukumkan haram.

Dalam Mukhtasar Syamaili Tirmizi, beberapa ulama telah menyatakan keadaan rambut Nabi s.a.w. di hadapan kepala mencecah cuping telinga, rambut di tengah kepala pula adalah lebih panjang dari itu, dan rambut di belakang kepala mencecah hingga ke bahu. Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. juga turut menyimpan rambut yang panjang.



Dalam merungkaikan persoalan ini kita lihat hadis Nabi s.a.w. daripada Ibnu Abbas r.a. ada meriwayatkan dengan katanya, Nabi s.a.w. bersabda,

“Aku disuruh sujud di atas tujuh tulang,” Baginda memberi isyarat dengan tangan ke hidungnya, kedua tangannya, dua lutut, hujung kedua kaki dan kami tidak mengikat kain dan rambut.” (HR Bukhari)

Menjelaskan hadis di atas, ayat (kami tidak mengikat kain dan rambut) menjadi kata kunci tentang boleh atau tidak, seseorang itu bersolat dengan bertocang. Dalam menyentuh hal ini seeloknya dilihat bagaimana cara Baginda s.a.w. mengenakan fesyen rambut.

Baginda s.a.w. mempunyai dua fesyen rambut yang berbeza iaitu, ada ketikanya Baginda berambut pendek (di bawah paras cuping telinga), manakala ada ketikanya pula, Baginda akan membiarkan rambutnya panjang hingga ke paras bahu. Namun begitu, sekalipun rambut Baginda panjang tetapi ia berbentuk ikal.



Umumnya, seseorang yang mempunyai rambut yang panjang, akan mengikatnya ketika solat, bertujuan mengelakkan gangguan ketika rukuk dan sujud. Berlainan pula dengan Baginda s.a.w. sekalipun rambutnya panjang, tetapi ia tidak mengganggu rukuk dan sujud, kerana rambut Baginda berbentuk ikal. Bahkan bukanlah menjadi tabiat Baginda s.a.w. mengikat rambut disebabkan beliau senantiasa memakai serban terutama ketika solat.

Sarang syaitan

Mungkin timbul pertanyaan, mengapa lelaki tidak boleh mengikat rambut? Dalam hal ini perlu difahami bahawa, terdapat dua keadaan yang menyebabkan Islam melarang bertocang. Pertama adalah dari sudut perbuatannya, yang bersalahan dengan sunnah Nabi apatah lagi terdapat hadis dari Abi Daud, bersabda Baginda s.a.w.

“Itu (ikatan rambut) adalah tempat syaitan”.



Kerana itulah Imam Tirmizi menyatakan, di kalangan ulama sepakat mereka membenci kaum lelaki yang bersolat dengan rambut terikat, disebabkan ia menjadi sarang syaitan berkumpul.

Keadaan kedua yang menyebabkan Islam mengharamkan perbuatan ini kerana ia menyerupai kaum wanita, sedangkan dalam al-Quran, Allah telah menyatakan dengan jelas berkaitan dengan identiti lelaki dan identiti wanita.

Kedua-duanya mempunyai jenama yang tersendiri, di mana lelaki keadaannya mirip seperti rasul, manakala wanita pula seperti isteri-isteri Baginda sama ada dari sudut sifat, perbuatan, penampilan dan lain-lain.

Apabila perbuatannya itu menjurus menyerupai sesuatu jantina seperti wanita, maka hukumnya haram bagi sesetengah ulama dan sebahagian lagi menghukumkan makruh tanzihi. Akan tetapi solat yang didirikan itu tetap sah kerana, solat merupakan satu tuntutan agama. Manakala perbuatan bertocang pula melanggar syariat Islam. Wallahu a’lam Utv

Hukum solat lelaki yang ikat rambut atau bertocang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker