Telinga suami putus digigit isteri ketika bertengkar

Seorang wanita di Sultanpuri, New Delhi didakwa menggigit telinga suaminya sehingga sebahagiannya putus ketika mereka bertengkar, lapor portal berita Mint kelmarin.

Menurut polis, si suami memfailkan aduan terhadap isterinya itu selepas mendapat rawatan di sebuah hospital  akibat kecederaan yang dialaminya.

Bercakap kepada polis, mangsa berusia 45 tahun berkata, pada 20 November lalu, pertengkaran berlaku antara dia dan isterinya.



Ia tercetus apabila isterinya meminta dia menjual rumah mereka dan memberinya sebahagian daripada wang hasil jualan supaya wanita itu boleh tinggal berasingan dengan anak-anak.

“Dalam keadaan marah, dia menggigit telinga kanan saya dengan kuat sehingga bahagian atas telinga saya terputus,” kata mangsa.

Susulan itu, anak mangsa membawanya ke Hospital Sanjay Gandhi di Mangolpuri untuk mendapatkan rawatan dan dia telah menjalani pembedahan di Hospital Golden Jaipur di Rohini.

Siasatan lanjut sedang dilakukan. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker