Lee Chong Wei bangga anak dapat A dalam BM

Lee Chong Wei bangga anak dapat A dalam BM

Datuk Lee Chong Wei rajin berkongsi kisah dia dan keluarganya terutama sekali anaknya yang comel dan lucu.

Terbaru Lee Chong Wei berkongsi kisah bagaimana anaknya Kingston telah mendapat markah 90% atau A dalam Bahasa Melayu.



Lee Chong Wei menulis perkongsiannya: “Saya mengaku , standard BM Kingston masih ada ruang untuk diperbaiki.”

“Malah ruang itu besar… Karangan dia biasa dapat B , kekadang C, sekali sekala ada la dapat A.”

“Minggu lepas dia balik Dari sekolah, Kingston menjerit: ‘Papa, saya berjaya pecahkan rekod Karangan.. 90 markah, dun play play’.”

“Aku pun terpaku sekejap. [Rasa] kebanggaan mengambil alih jiwa.”



“Tunjuk .. papa nak tengok, permintaan aku kepada Kingston.”

“Dia pon bagi. Tajuk karangan balik kampung. Aku baca. Banya je kesilapan ejaan. Jalan bahasa pon lebih kurang. Dah nak sampai hujung baru aku tahu kenapa [dia dapat A].”

“Lepas perenggan terakhir , dia tambah ayat…

‘P/s: Cikgu , happy birthday. Sebab you, BM saya power. Saya berharap cikgu sihat sehingga umur yang angka sama ngan markah karangan saya hari ini’.”



Perkongsian itu membuatkan ramai netizen yang geli hati.

Seorang netizen berkata, dia mendapat tahu bahawa orang Cina sangat pentingkan umur panjang. Jadi tidak hairanlah cikgu dia bermurah hati memberikannya markah.

Seorang lagi mengusik: “Yang lucunya, cikgu masih tak tergamak nak berikan dia markah 100%. Kesanggupan kompromi standard permarkahan itu masih ada had.” Vc

Lee Chong Wei bangga anak dapat A dalam BM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker