Saya tengok kawan tertimbus seperti ‘tidur’

Tragedi runtuhan gudang di Batu Maung

Saya tengok kawan tertimbus seperti ‘tidur’

“Bunyi runtuhan sangat kuat, saya lihat dua rakan berlari keluar.”

Demikian cerita seorang buruh binaan warga Bangladesh dikenali sebagai Kasyem, 30-an, berhubung tragedi runtuhan rasuk yang mengorbankan tiga rakan senegaranya, manakala empat pekerja lain masih tertimbus, malam tadi.

Kasyem memberitahu, ketika kejadian, dia berada di hadapan bangunan yang masih dalam pembinaan itu dan terkejut mendengar bunyi kuat dari arah belakang.

“Saya nampak ada simen dan besi runtuh. Dua orang (pekerja) berlari keluar manakala yang selebihnya ada di dalam (kawasan pembinaan).

“Memang tidak boleh angkat konkrit kerana berat. Saya tengok kawan tertimbus bawah konkrit dalam keadaan seperti sedang tidur (tertiarap),” katanya kepada Kosmo! di sini.

Sementara itu, seorang lagi buruh warga Bangladesh yang enggan dikenali pula mendakwa, kerja-kerja pembinaan di lokasi tersebut dilakukan mengikut syif.

“Saya bekerja syif siang di bangunan hadapan. Saya dimaklumkan bahawa lantai simen yang runtuh itu masih baru dibuat.

“Bunyinya (runtuhan) sangat kuat seperti bangunan runtuh, ramai yang lari keluar untuk melihat kejadian yang berlaku,” ujarnya. K Online

Saya tengok kawan tertimbus seperti ‘tidur’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker