Beberapa lagi MP PN tunggu giliran sokong PM

Beberapa lagi MP PN tunggu giliran sokong PM

Sehingga kini, seramai lima orang Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengumumkan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, terdapat beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang sedang menunggu giliran untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri.



Menurut Mohd Puad, perkara itu berlaku memandangkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak mempunyai faktor penarik di dalam parti.

“Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Fasal umum sokong Perdana Menteri adalah tamparan maut ke muka Muhyiddin.

“Walaupun Muhyiddin tarik balik keputusan tidak pertahan jawatan Presiden, ia gagal halang tindakan Bukit Gantang. Saya tahu beberapa orang lagi sedang tunggu giliran.

“Maksudnya Muhyiddin sudah tidak ada wow factor. Yang terjerit minta Muhyiddin tarik balik niat tidak tanding hanya berlakon. Muhyiddin tertipu. Dulu dia tipu Tun Dr Mahathir Mohamad. Kini ahli Bersatu tipu dia,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.



Terdahulu, Syed Abu Hussin Hafiz secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pagi semalam.

“Dengan ini Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong yang amat berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan ke atas kerajaan Madani.

“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani menangani kenaikan harga dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf,” katanya.



Pada 8 November lalu, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menjadi wakil rakyat pembangkang keempat mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

Sebelum itu, tiga pemimpin Bersatu iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim telah mengambil tindakan serupa dengan memberi alasan demi kebajikan rakyat di kawasan masing-masing. Utv

Beberapa lagi MP PN tunggu giliran sokong PM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker