Warga Indonesia pro-Palestin, pro-Israel bertempur
Warga Indonesia pro-Palestin, pro-Israel bertempur
MANADO: Satu video yang tular di media sosial X menunjukkan berlaku pertempuran di antara penunjuk perasaan yang mempertahankan Palestin dan kumpulan yang menyokong Israel di Bitung, Sulawesi Utara.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menyifatkan pertempuran itu sebagai kes terpencil membabitkan dua pertubuhan dan tidak menjejaskan suasana tolak ansur agama di Sulawesi Utara.
Difahamkan, pertembungan itu berlaku Sabtu lalu antara anggota pertubuhan Makatana Minahasa dan Barisan Solidariti Muslim tetapi ia bukanlah berpunca akibat konflik agama.
Ketua Polis Rantau Sulawesi Utara, Inspektor Jeneral Setyo Budiyanto, mengadakan sidang media Ahad lalu berhubung penahan suspek terbabit dalam pertempuran berkenaan.
Katanya, sembilan suspek ditahan di Bitung, Sulawesi Utara, kerana melakukan serangan, mengakibatkan kematian seorang mangsa dan kerosakan harta benda di Bitung sehari sebelumnya.
“Sejurus selepas pertempuran itu, Polis Rantau Sulawesi Utara menahan tujuh suspek yang hanya dinamakan sebagai RP, HP, GK, FL, BI, MP, dan RA pada petang hari berikutnya.
“Malam Isnin lalu, kita menahan dua lagi suspek iaitu OK dan ID. Mereka disyaki menyerang dan mengakibatkan kematian mangsa bernama Anto, selain merosakkan ambulans BSM di kawasan Sari Kelapa, Bitung Timur,” katanya.
Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Polis Rantau Sulawesi Utara, Komisioner Gani Siahaan, menjelaskan seorang suspek ditahan di Tomohon, dan suspek kedua di Minahasa Utara.
Bagaimanapun, menurut Ketua bahagian Perhubungan Awam Polis Rantau Sulawesi Utara, Ketua Komisioner Iis Kristian, tidak semua pelaku ditahan dan menasihatkan mereka menyerah diri dengan segera.
“Kami akan terus memburu sehingga semua suspek ditahan supaya keadaan di Bitung kekal aman dan kehidupan berjalan seperti biasa,’ katanya.
Selepas pertempuran itu, Kerajaan Bandar Bitung dan Forum Keharmonian Agama Bitung menggesa satu deklarasi keamanan diisytiharkan oleh dua kumpulan yang bertelagah.
Datuk Bandar Bitung, Maurits Mantiri, berkata keadaan di bandar berkenaan kini selamat dan kehidupan berjalan seperti biasa. BH
Warga Indonesia pro-Palestin, pro-Israel bertempur
Baca Artikel Menarik:
- Alif Teega kahwin dua
- Cabul kakak ipar sedang lipat kain, buruh dipenjara 8 bulan, 1 sebatan
- PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
- 3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS
- Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?
- Anwar sedia buktikan di mahkamah Muhyiddin tak hapus hutang peneroka Felda
- Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera
- Sudahlah Hadi, tunggu je 4 tahun lagi
- Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari
- Balu Abam doakan perniagaan Ali Puteh berjaya supaya dapat bayar hutang
- Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua
- GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu
- Nikki Palikat tak seksi – Ramli MS
- Isu KWSP satu tembakan buat Shuib
- Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)
You must be logged in to post a comment.