Adam Radlan didakwa 12 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah

Adam Radlan didakwa 12 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad didakwa enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram baharu membabitkan nilai RM3.67 juta.

Adam Radlan, 42, didakwa atas enam pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) [Akta 613] di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, Adam Radlan sebagai Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM3.6 juta dari akaun syarikat itu kepada akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan tiga individu lain antaranya Nabilah Mahiaddin dan Ameer Azlan Mohd Ayob antara 1 Disember 2021 dan 27 Disember 2022.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu mengaku tidak bersalah ketika kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun pada 9 November lalu.

Ini menjadikan ahli perniagaan itu berdepan 12 pertuduhan meminta, menerima rasuah dan pengubahan wang haram (AMLA), yang mana ia akan didengar oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin.

Dalam prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini di hadapan Hakim Azura Alwi, enam pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi lelaki itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam dibenarkan untuk dipindahkan ke mahkamah ini.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry untuk memindahkan kesemua kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi ahli perniagaan itu untuk didengar di Mahkamah Sesyen 14 di hadapan Suzana.

“Perintah dibenarkan seperti yang dimohon. Kes-kes yang dihadapi tertuduh di mahkamah ini akan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 14,” kata Azura.

Sementara itu, di hadapan Suzana, Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan pihaknya akan membuat permohonan untuk kesemua kes dibicarakan secara bersama.

“Kami belum boleh membuat permohonan untuk kes dibicarakan bersama kerana pihak pembelaan memaklumkan mereka perlu meneliti dokumen berkenaan kesalahan AMLA terlebih dahulu. Mohon mahkamah tetapkan satu tarikh singkat untuk mengetahui perkembangan mengenai perkara ini,” katanya.

Peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Adam Radlan mengesahkan perkara itu.

Suzana mengguna pakai jaminan yang sebelum ini ditetapkan di Mahkamah Sesyen di sini iaitu RM420,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali sehingga kes selesai.

Suzana menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Pada 21 Februari lalu, Adam Radlan itu dituduh di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan meminta suapan iaitu wang tunai sejumlah 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat yang juga Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.

Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menerima suapan RM500,000 daripada individu sama (Mat Jusoh) sebagai upah kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Dutamas dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku pada Mac 2021 dan 26 November 2021.

Sementara itu, pada 22 Februari lalu, Adam Radlan didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian Tian Chuan dan Mat Jusoh sebagai upah bagi tertuduh membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure & Energy bagi mendapatkan dua projek jenis sama (Jana Wibawa).

Pada 28 Februari lalu, dia sekali lagi didakwa iaitu secara rasuah meminta wang berjumlah RM2 juta daripada Lian sebagai upah untuknya kerana membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa. HM

Adam Radlan didakwa 12 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker