Kunci patah, niat curi motosikal terbantut

Kunci patah, niat curi motosikal terbantut

Kunci patah, niat curi motosikal terbantut
Zainal berkongsikan gambar dua pelaku berkenaan. – Tribun Jakarta

Tindakan sepasang suami isteri yang cuba melarikan sebuah motosikal menemui kegagalan selepas kunci yang digunakan untuk menghidupkan kenderaan itu patah, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Jatinegara, Jakarta Timur pada 21 November lalu.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pasangan tersebut pada awalnya dilihat menaiki sebuah motosikal lain sebelum berhenti di hadapan sebuah kedai roti.



Pemilik motosikal tersebut, Zainal berkata, dia ketika itu berada di dalam kedai.

Selepas memastikan keadaan sekeliling benar-benar selamat, si suami turun dari motosikal lalu cuba membuka kunci hendal sambil si isteri mengawasinya.


Baca Artikel Menarik:

Alif Teega kahwin dua




“Kalau dilihat daripada rakaman CCTV, pelaku mencuba membuka kunci motosikal saya sebanyak tiga kali,” kata Zainal.

Selepas berjaya membuka kunci hendal, pelaku cuba menghidupkan motosikal itu menggunakan kunci huruf T.

Namun, tindakan itu gagal selepas kunci tersebut patah sehingga sebahagiannya tertinggal di dalam lubang kunci.

“Kunci hendal sudah dibuka tetapi pelaku gagal melarikan motosikal saya kerana kunci T patah. Akhirnya, mereka meninggalkan motosikal saya dan melarikan diri,” kata Zainal.



Zainal belum melaporkan kejadian itu kepada polis, namun berkongsikan gambar rakaman CCTV bagi memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada dengan pasangan berkenaan. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?



 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kunci patah, niat curi motosikal terbantut


Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker