Muhyiddin keluar ‘fatwa politik’ baharu hukum tinggalkan UMNO

Muhyiddin keluar ‘fatwa politik’ baharu hukum tinggalkan UMNO

KEMAMAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan ‘fatwa” baharu dengan mengatakan harus  bagi ahli-ahli UMNO berhijrah meninggalkan parti itu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keputusan tersebut akan mendapat pahala hijrah seperti zaman Rasulullah SAW berhijrah meninggalkan yang lama.

Menurutnya. tindakan itu perlu diambil kerana UMNO sudah hancur akibat perbuatan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kawan-kawan lama saya orang UMNO lupakanlah UMNO. Apa hukumnya? Harus, mungkin juga sunat agaknya.

“Dapat pahala hijrah, macam Rasulullah SAW hijrah meninggalkan yang lama, zaman-zaman gelap, UMNO sudah hancur dibuat oleh Zahid,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Alif Teega kahwin dua


Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana PRK Parlimen Kemaman di Dataran Bazar Kampung Baru, Kerteh, dekat sini, malam tadi.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata, ahli UMNO boleh menyertai PN iaitu masuk ke dalam parti  Pas atau Bersatu.

Selain itu, tambahnya, ahli UMNO yang belum bersedia menyertai PN juga boleh mengundi Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember depan.pl

“Kalau pun belum bersedia nak masuk (PN)  tak apa, PRU Kemaman ni  mu (kamu) masuk kat tempat buang undi, nak pangkah siapa,  pangkah ini (Pas), jangan pangkah itu (BN).

“Saya tahu dalam PRU yang lepas sebahagian daripada yang menyokong calon-calon Perikatan Nasional itu ialah datang daripada ahli UMNO,” ujarnya.


Baca Artikel Menarik:

 

Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?


Pada Februari lalu,  Muhyiddin menyeru ahli-ahli UMNO meninggalkan parti itu kerana tindakan tersebut adalah satu ibadah.

Ini kerana, Muhyiddin, menyifatkan langkah itu adalah satu perbuatan yang meninggalkan kemungkaran dan menegakkan kebenaran

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Muhyiddin keluar ‘fatwa politik’ baharu hukum tinggalkan UMNO

 


Baca Artikel Menarik:

Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker