Kalau perang, bolehlah berlawan nanti – Aaron Aziz
Kalau perang, bolehlah berlawan nanti – Aaron Aziz
Pelakon, Datuk Aaron Aziz menasihatkan golongan muda tidak perlu takut sekiranya terlibat menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana percaya banyak manfaat dapat diraih daripada aspek pengetahuan dan pertahanan diri.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Aaron berkata, program seperti itu juga diyakini dapat melatih anak muda untuk mendengar arahan dan membentuk jati diri yang lebih baik.
“Anak muda jangan takut sertai PLKN. Sedikit sebanyak melalui program seperti itu, ia akan dapat ubah moral yang baik, membolehkan anda memperbaiki diri dan membentuk jati diri. Ia juga satu platform untuk anda belajar untuk menerima arahan.
“Ambillah ia sebagai satu tanggungjawab kepada negara, sebab itulah ia dinamakan program khidmat negara. Sekurang-kurangnya anak muda belajar teknik pertahanan diri.
“Misal kata terjadi perang di Malaysia, sekurang-kurangnya anak muda kita tahu macam mana nak kendalikan senjata, teknik pertahanan diri dan sebagainya dengan cara yang betul,”katanya.
Selain itu, pelakon ini berkata, sebagaimana di Singapura, perkara itu juga telah menjadi satu program wajib buat golongan muda yang disusun oleh kerajaan mereka.
Malah, kata Aaron, dia juga pernah menyertai program khidmat negara di Singapura sekitar tahun 1993 dan mengakui banyak menimba pengalaman sepanjang berkhidmat bersama pasukan polis.
“Di Singapura, sesiapa yang terlibat tidak boleh memilih nak masuk bahagian mana, sama ada polis, pertahanan awam atau tentera. Saya ditempatkan bersama pasukan polis waktu itu.
“Dulu, saya pernah terdetik nak masuk tentera selepas tamat program. Tetapi akhirnya kerjaya saya dalam bidang seni. Tak apalah, dapat berlakon melakukan aksi pertahanan diri pun kira okey juga,”katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya, Aaron memaklumkan bakal muncul dengan sebuah karya terbaharu menerusi filem berjudul Sayu Yang Syukur.
Filem yang akan ditayangkan pada 28 Disember itu menyaksikan Aaron turut memegang sebagai pengarah selain pelakon utama disamping Nora Danish. Utusan
Kalau perang, bolehlah berlawan nanti – Aaron Aziz
Baca Artikel Menarik:
- Alif Teega kahwin dua
- Cabul kakak ipar sedang lipat kain, buruh dipenjara 8 bulan, 1 sebatan
- PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
- 3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS
- Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?
- Anwar sedia buktikan di mahkamah Muhyiddin tak hapus hutang peneroka Felda
- Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera
- Sudahlah Hadi, tunggu je 4 tahun lagi
- Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari
- Balu Abam doakan perniagaan Ali Puteh berjaya supaya dapat bayar hutang
- Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua
- GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu
- Nikki Palikat tak seksi – Ramli MS
- Isu KWSP satu tembakan buat Shuib
- Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)
You must be logged in to post a comment.