Jangan buat anak, lepas tu sakit – Awie
Jangan buat anak, lepas tu sakit – Awie
Bakal menimang seorang lagi cahaya mata pada usia melangkaui angka jubli emas, penyanyi rock Datuk Awie menasihatkan orang ramai termasuk diri sendiri agar sentiasa menjaga kesihatan diri.
Ibaratnya kata Awie, 55, atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, jangan sudah memandai-mandai ‘menanam benih’ namun membiarkan perkara penting lain terkontang-kanting.
“Saya pernah cakap dengan isteri saya akan jaga badan dan sihatkan badan. Kalau tidak nanti pergi sekolah hantar anak-anak, orang fikir saya datuk mereka bukan bapa (tertawa).
“Itu sebenarnya satu cabaran untuk si tua macam saya menjaga badan. Sesiapa yang dapat anak pada usia tua seperti saya, inilah satu cabaran.
“Jangan kau buat anak, lepas itu kau sakit. Kasihanlah kat isteri dan anak-anak nanti,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.
Sebagai seorang lelaki yang dikurniakan anak yang ramai, Awie sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi agar kesihatannya berada di tahap yang terbaik demi orang-orang tersayang.
“Saya sentiasa fikir rezeki yang Allah bagi ini adalah cabaran untuk saya jaga kesihatan elok-elok membesarkan anak dengan sebaik mungkin. Insya-Allah.
“Kalau sengaja (buat anak), itu berdosalah. Menganiaya orang, menganiaya isteri,” kata Awie lagi.
Ditanya tentang reaksi anak-anaknya yang lain apabila berita tentang dirinya bakal sekali lagi menjadi seorang bapa dibocorkan kepada umum, jawab Awie: “Adoi, itulah orang ingat dapat menantu atau cucu rupa-rupanya dapat baby.
“Anak semua macam reda sahajalah. Lagi pula, isteri saya sekarang, dia baru ada seorang anak dan dia memang nak anak. Dia kalau boleh nak seorang lagi sekurang-kurangnya dapat sepasang.”
Terdahulu, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020.
Awie sebelum itu pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. Mereka bercerai pada 1 November 2014.
Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21. K Online
Jangan buat anak, lepas tu sakit – Awie
Baca Artikel Menarik:
- Alif Teega kahwin dua
- Cabul kakak ipar sedang lipat kain, buruh dipenjara 8 bulan, 1 sebatan
- PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
- 3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS
- Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?
- Anwar sedia buktikan di mahkamah Muhyiddin tak hapus hutang peneroka Felda
- Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera
- Sudahlah Hadi, tunggu je 4 tahun lagi
- Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari
- Balu Abam doakan perniagaan Ali Puteh berjaya supaya dapat bayar hutang
- Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua
- GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu
- Nikki Palikat tak seksi – Ramli MS
- Isu KWSP satu tembakan buat Shuib
- Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)