Larang agensi umrah ambil deposit, Motac diberitahu

Larang agensi umrah ambil deposit, Motac diberitahu

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mencadangkan kerajaan melarang pengendali umrah daripada mengambil wang pendahuluan untuk mengelakkan jemaah ditipu.

Presidennya Mohd Khalid Harun berkata kebenaran diberikan kepada ejen pelancongan oleh pihak berkuasa sebelum ini membuka ruang kepada penipuan.



Menurutnya, sebarang pembayaran hanya boleh dibuat jemaah selepas tiket penerbangan untuk pergi dan balik ke tanah suci telah ditempah.

“Jangan beri peluang agensi pelancongan bukan setakat umrah sahaja, pastikan tiket penerbangan dan hotel ada, bukan kutip wang pendahuluan sebelum itu,” katanya kepada FMT.

Minggu lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) akan meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.

Menterinya Tiong King Sing dipetik berkata ini susulan aduan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan syarikat agensi pelancongan masih diterima walaupun tindakan tegas seperti membatalkan lesen terhadap syarikat terbabit sudah dilaksanakan.



Khalid menyifatkan tindakan Motac itu tepat pada masanya dan semua agensi pelancongan perlu disemak semula operasinya untuk mengesan sebarang salah laku.

“Ada agensi ini mencari mangsa, kutip wang pendahuluan tetapi tidak terbangkan orang (menunaikan umrah),” katanya.

Berdasarkan semakan di laman sesawang Motac, sebanyak 928 pengusaha pelancongan mempunyai lesen bidang umrah di seluruh negara.

Industri umrah mempunyai pasaran sekitar RM2.7 bilion dengan anggaran 300,000 jemaah terbang ke Arab Saudi setiap tahun untuk menunaikan ibadah itu.



Setakat bulan lalu, pihak berkuasa mencatatkan nilai kerugian kira-kira RM2.1 juta bagi kes penipuan umrah dengan 62 laporan polis. MK

Larang agensi umrah ambil deposit, Motac diberitahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker