GST tidak akan dilaksanakan tahun ini atau tahun depan – Ahmad Maslan
GST tidak akan dilaksanakan tahun ini atau tahun depan – Ahmad Maslan
Kerajaan tidak bercadang untuk mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat seperti yang pernah dilakukan pada tahun 2015 lalu.
Sebaliknya kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan subsidi bersasar dan hanya
melaksanakan cukai yang diumumkan mengikut Belanjawan 2024.
“Ya, terpaksalah untuk kita mencari pendapatan. Maka cukai SST (cukai jualan dan perkhidmatan) dinaikkan daripada enam kepada lapan peratus. Kalau tidak, bagaimana kita ingin mencari pendapatan?
“Satu lagi, oleh kerana kita nak laksanakan subsidi bersasar, kita akan laksanakan dengan diesel dahulu dan selepas itu RON 95.
“Oleh kerana kita mengadakan perkara yang berkaitan (subsidi bersasar), maka kita menangguhkanlah (pelaksanaan GST). Saya tidak tahu bila kita laksanakan (GST)” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Sivaraj Chandran mengenai rancangan pelaksanaan GST dan mencadangkan GST dikembalikan namun pada kadar lebih rendah berbanding enam peratus sebelum ini.
Terdahulu, ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah tentang negara yang mengenakan GST, Ahmad berkata ketika ini sebanyak 175 negara daripada 194 negara yang ada dalam dunia.
“Bererti 90.2 peratus negara dalam dunia telah melaksanakan GST. Malaysia saja satu-satu negara yang sudah laksanakan (GST) dan kemudian tarik balik.
“Ini semua sebab politik sebenarnya, bukan sebab ekonomi. Sebelum kita buat GST, kita melaksanakan SST, kebaikan GST hanya satu cukai, SST dua cukai,” katanya. K Online
GST tidak akan dilaksanakan tahun ini atau tahun depan – Ahmad Maslan
Baca Artikel Menarik:
- Alif Teega kahwin dua
- Cabul kakak ipar sedang lipat kain, buruh dipenjara 8 bulan, 1 sebatan
- PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
- 3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS
- Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?
- Anwar sedia buktikan di mahkamah Muhyiddin tak hapus hutang peneroka Felda
- Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera
- Sudahlah Hadi, tunggu je 4 tahun lagi
- Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari
- Balu Abam doakan perniagaan Ali Puteh berjaya supaya dapat bayar hutang
- Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua
- GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu
- Nikki Palikat tak seksi – Ramli MS
- Isu KWSP satu tembakan buat Shuib
- Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah
Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)
You must be logged in to post a comment.