MP Bukit Gantang dipaksa untuk letak jawatan selepas isytihar sokong Anwar demi perpaduan

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal daripada Bersatu digesa letak jawatan dan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di bawah tiket PH atau BN.

Ketua Bersatu Bukit Gantang Ahmad Man berkata demikian selepas pemimpin Bersatu hari ini mengumumkan sokongannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Jika Syed Husin begitu percaya sokongan beliau ke atas kerajaan Madani mendapat restu pengundi parlimen Bukit Gantang, maka beliau seharusnya meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.



“Jika pengundi menilai tindakan beliau sebagai satu usaha menjaga kepentingan rakyat, pastinya beliau akan menang lebih besar.

“Tapi mustahil Syed Husin berani meletak jawatan kerana beliau tahu jika kalah habislah kuasa tawar-menawar beliau dengan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Syed Abu Husin menjadi ahli parlimen Bersatu kelima yang menyokong perdana menteri dan mengiystiharkan ikrar taat setia kepada kerajaan.

Wakil rakyat Bukit Gantang itu membuat pengumuman tersebut semasa mengemukakan soalan tambahan kepada perdana menteri ketika sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.



“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani menangani kenaikan harga barang dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf AS.

Ejen semak dan imbang

“Dengan ini, Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri ke-10 dan gagasan kerajaan Madani,” katanya.

Syed Abu Husin ketika berucap turut menyeru dua bekas perdana menteri iaitu Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh), yang juga presiden Bersatu dan Ismail Sabri Yaakob (BN- Bera) untuk membantu Anwar.



Sementara itu, Ahmad yang juga Adun Kuala Sepetang berkata sokongan ahli parlimen kepada kerajaan harus berdasarkan kepentingan rakyat atas sesuatu isu, bukannya menyokong kedudukan perdana menteri daripada blok kerajaan.

“Sebagai ahli parlimen pembangkang, Syed Abu Husin sepatutnya memainkan peranan sebagai ejen semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara dengan jujur dan telus.

“Sistem demokrasi negara akan musnah jika semua ahli parlimen pembangkang menyatakan sokongan penuh kepada perdana menteri hanya untuk mendapat kelebihan peruntukan,” katanya.

Katanya, dakwaan Syed Abu Husin bahawa keputusan itu demi kepentingan rakyat sangat meloyakan.



“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri selepas pembentukan kerajaan Madani, sokongan rakyat masih memihak kepada PN walaupun mengetahui kami bukan sebahagian kerajaan persekutuan.

“Justeru indikator apa Syed Abu Husin menyatakan ia demi kepentingan rakyat?

“Pandangan rakyat mana yang beliau pegang,” soal Ahmad.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker