GEG gugur kerana ambil kira pandangan AG walaupun belum dicabar di mahkamah

Pandangaan Pejabat Peguam Negara (AGC) bahawa peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi warga yang lahir selepas 1 Januari 2007 adalah “tidak berperlembagaan” adalah sebab mengapa ia digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, tiada faktor lain yang mempengaruhi keputusan kerajaan untuk menggugurkannya, seperti didakwa sesetengah pihak.

“Ia hujah perlembagaan (yang dibangkitkan AGC). Itu satu-satunya faktor,” katanya kepada pemberita ketika taklimat media berkenaan RUU tersebut yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Pada 15 November lalu, bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin menuduh beberapa menteri menghalang RUU untuk melarang orang yang lahir selepas 2007 membeli atau mengambil produk nikotin.

Khairy yang merupakan perancang asal RUU itu berkata cara kabinet mengendalikannya “benar-benar membingungkan.”

Sebelum ini, sumber dalam Kementerian Kesihatan memberitahu Malaysiakini bahawa pelobi tembakau turut memberi tekanan kepada kerajaan untuk tidak meneruskan peruntukan itu, yang juga dikenali sebagai “generasi penamat” (GEG).

Badan pemerhati kesihatan CodeBlue pula melaporkan Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berpendapat peruntukan GEG melanggar perlembagaan kerana ia bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.

Namun peguam New Sin Yew berkata Perkara 8 membenarkan diskriminasi jika terdapat “perbezaan yang boleh difahami” dan jika diskriminasi itu mengejar “objektif yang sah”.

Dia juga mencadangkan cara untuk mengatasi perkara itu adalah dengan memperhalusi perkataan dalam rang undang-undang GEG.

Sementara itu, Zaliha menjelaskan kementeriannya mengetepikan dahulu peruntukan GEG untuk fokus kepada RUU tersebut dan berkata “ia tidak akan dilupakan”.

“Selepas RUU ini diluluskan, kita akan buat pemantauan dan tengok bagaimana. Kita akan tengok kepada impak dan kesan, serta peratusan merokok.

“Kalau kita rasa ada keperluan untuk lihat kembali dan ada keperluan untuk GEG, kita akan bawa kembali,” katanya lagi.

Zaliha berkata kerajaan meneruskan pembentangan RUU tersebut tanpa peruntukan GEG kerana ada “jurang” dalam mengawal produk nikotin termasuk vape – selepas ia dikecualikan daripada Akta Racun 1952 pada Mac lalu.

“Kita tidak mahu isu ini berlarutan keran pandangan AGC, kita utamakan apa yang penting iaitu RUU.

“Kita juga masukkan orang bawah umur, iaitu yang berusia bawah 18 tahun. Sekurang-kurangnya mereka yang bawah 18 tahun boleh dipantau,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker