Sokong Madani, Saifuddin memahami tindakan MP Bersatu

Semua ahli parlimen pembangkang sepatutnya istiqamah dan belajar daripada pengalaman rakan lain yang lebih berpengalaman berada dalam blok bertentangan dengan kerajaan.

Menyifatkan tindakan ahli parlimen pembangkang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebagai mengecewakan, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah, berkata dia masih mempunyai sifat empati terhadap mereka.

“Kita tidak tahu apa masalah sebenar mereka… memanglah mengecewakan (apabila memberi sokongan kepada kerajaan), tapi saya masih mampu berempati terhadap kawan-kawan kita itu.



“Saya fikir sebagai ahli parlimen pembangkang, kita kena beristiqamah dan belajar daripada ahli parlimen pembangkang sebelum ini,” katanya.

Dia yang juga ahli parlimen Indera Mahkota menjelaskan ahli parlimen kerajaan sekarang – khususnya dari PKR, DAP dan Amanah – juga pernah menjadi pembangkang.

Umno pun, tambahnya, pernah mengalami nasib sebagai pembangkang selepas PRU ke-14 dulu.

“Tapi tidak berlaku seperti apa yang kita lihat sekarang,” katanya yang ditemui pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota dekat Kuantan, hari ini.



Tak sangka kuasa speaker besar

Pengerusi PN Pahang itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan terbaru Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang menyatakan sokongan kepada kerajaan semasa di Dewan Rakyat hari ini.

Syed Abu Husin merupakan ahli parlimen PN terbaru yang berbuat begitu. Sebelum ini empat ahli parlimen PN terlebih dulu menyatakan sokongan iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (pada 12 Okt lalu), diikuti Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

Ketika ditanya sama ada terdapat lagi ahli parlimen PN lain akan menyokong Anwar, Saifuddin berharap Syed Abu Husin adalah yang terakhir.



Dia turut memberitahu isu berkaitan peruntukan sepatutnya tidak timbul kerana Anwar sendiri berjanji ketika berkempen semasa PRU ke-15 lalu untuk memastikan semua ahli parlimen – termasuk pembangkang – menerimanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker