GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu

GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu

GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu
GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu

Berada di kedudukan tercorot minggu kesepuluh, Aliff Aziz, gagal menempa tempat pada minggu separuh akhir apabila diumumkan tersingkir pada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), malam tadi.

Mendapat markah sebanyak 55.75, Aliff yang membawakan lagu Cindai dan Gambus Jodoh, gagal menawan hati barisan juri meskipun telah mencuba sedaya upaya menyajikan persembahan yang menarik.

“Saya sangat berbesar hati diberi peluang bertanding selama 10 minggu.



“Terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata positif dan semangat selama ini,”katanya.

Sementara itu, kedudukan teratas diumumkan menjadi milik penyanyi Naqiu yang juga juara GV musim keenam selepas meraih markah tertinggi daripada tiga juri tetap.

Tempat kedua pada konsert minggu ini pula menjadi milik penyanyi Hady Mirza manakala juara musim kesembilan, Jaclyn Victor pula berada di tangga ketiga.

Penyingkiran tersebut sekaligus menyaksikan Naqiu, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina dan Jaclyn Victor berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir minggu depan.



Sementara, Siti Nordiana dan Tomok turut berjaya ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani, Ezad Lazim dan Noryn Aziz merupakan peserta yang sudah meninggalkan GV10.

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz.

Konsert GV10 diacarakan trio pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Utusan



GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker