Rahsia kekuatan Al-Qassam

Hanya mereka yang punya kekuatan jiwa mampu menunaikannya

Rahsia kekuatan Al-Qassam

Secara asasnya solat Subuh berjemaah mempunyai keistimewaan tersendiri jika dibandingkan dengan solat fardu lain, begitu kata Dr. Sukki Othman, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika ditanya tentang kelebihan solat Subuh secara berjemaah.

Memang diakui solat fardu lain juga mempunyai fadilat tertentu, namun waktu mendirikan solat Subuh ini bukannya mudah dilakukan seseorang individu, apatah lagi secara berjemaah. Waktu Subuh tidak seperti waktu solat lain yang dianggap waktu yang celik iaitu waktu yang kita sedar atau sedang bekerja.



Berbanding waktu Subuh, ia adalah waktu yang kita sedang enak melayari mimpi indah. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan hati dan jiwa sahaja mampu menunaikannya, apatah lagi untuk berjalan di kegelapan dan kedinginan pagi semata-mata berjemaah di masjid.

Tegasnya lagi, kekuatan dalaman memainkan peranan yang sangat penting dalam diri umat Islam. Kekuatan dalaman ini dilihat daripada sudut jiwa dan iman seseorang yang lahir dengan cara mendekatkan diri dengan Allah.

Justeru tidak mustahil antara kriteria utama pemilihan pahlawan al-Qassam dinilai melalui solat Subuh secara berjemaah. Dengan ibadah ini, mereka telah memupuk ketepatan waktu dalam solat, membentuk disiplin dan juga kesatuan hati dalam diri.

Daripada Abu Mas’ud Al-Ansari r.a katanya:



“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah merapatkan bahu-bahu kami ketika hendak mendirikan solat sambil Baginda bersabda: “Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok, nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu. Hendaklah saf yang paling dekat denganku, terdiri daripada orang cerdik pandai dan matang fikirannya daripada kalangan kamu.

Kemudian hendaklah mengikut saf seterusnya orang yang baligh tetapi belum matang pemikirannya atau orang-orang yang hampir mencapai umur baligh. Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya orang yang kurang daripada darjat di atas (kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan yang sepertinya)“.

Berkata Abu Mas’ud r.a. “Aku melihat kamu semua hari ini sangat kuat berselisih dan bertelingkah”. (H.R Imam Muslim)

Akur arahan “satu”



Hakikatnya, jelas Dr. Sukki lagi, dengan mendirikan solat berjemaah, secara tidak langsung turut memupuk elemen “satu” dalam diri. Satu yang dimaksudkan ialah mereka hanya mengikut satu arahan daripada imam di dalam solat, merapatkan saf yang bersama-sama menjadi satu, satu saf yang tersusun rapi dan menadah satu doa bersama-sama.

Konsep inilah juga yang diterapkan tentera al-Qassam di dalam perang melawan Zionis Yahudi. Mereka membentuk strategi tersusun rapi yang hanya patuh pada arahan seorang ketua. Dengan itu ia dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri setiap anggota tentera. Arahan diberi perlu dipatuhi sebagaimana dalam solat berjemaah yang menggunakan konsep “satu”.

Dalam hal ini mungkin kita boleh mengambil sedikit iktibar daripada peristiwa perang Uhud. Di dalam peperangan ini, umat Islam menghadapi kekalahan yang teruk sehingga menyebabkan Baginda s.a.w. mengalami kecederaan patah gigi. Kekalahan ini berpunca daripada salah faham dan keengganan sebahagian tentera Islam mendengar dan mematuhi arahan Baginda s.a.w.

Jelaslah, bahawa apa yang diterapkan HAMAS dalam Briged Al-Qassam sememangnya berjaya memupuk elemen tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika rejim Zionis ketika ini menjadi askar-askar yang menikus tatkala berhadapan dengan tentera al-Qassam lantaran kualiti yang ada dalam jiwa mereka. Wallahu a’lam Utv



Rahsia kekuatan Al-Qassam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai



Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi



Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker