Ong Kian Ming tidak sesuai jadi Menteri Kewangan Kedua

Pakar ekonomi pertikai senarai calon menteri kewangan kedua

Ong Kian Ming tidak sesuai jadi Menteri Kewangan Kedua

Seorang pakar ekonomi mempertikaikan senarai calon menteri kewangan kedua dinamakan bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming yang kebanyakannya dilihat sama ada “tidak sesuai” atau “tidak bebas” memegang jawatan itu.

Bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu mencalonkan 15 individu difikirkannya sesuai dilantik menteri kewangan kedua. Ia termasuk beberapa bekas menteri seperti Johari Ghani, Tengku Zafrul Aziz, dan Lim Guan Eng, selain menteri seperti Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahmad Maslan serta Steven Sim.

Nama lain termasuk bekas CEO Petronas, Hassan Marican, Pengerusi Bursa Malaysia, Abdul Wahid Omar, bekas pengarah urusan Khazanah Nasional Bhd, Azman Mokhtar dan ketua KWSP, Shahril Ridza Ridzuan.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, tempoh Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan terkesan dengan dua kemelesetan ekonomi dan inflasi yang menimbulkan persoalan terhadap prestasinya dalam jawatan itu.

Katanya, Anwar Ibrahim pernah mengkritik prestasi Tengku Zafrul sebelum menjadi perdana menteri, selain tempoh beliau memegang jawatan itu turut dibelenggu perintah kawalan pergerakan berpanjangan ketika pandemik Covid-19.

“Dari segi dasar, tiada apa yang mengagumkan dilakukannya ketika tempoh itu,” katanya kepada FMT.

Bagi Lim pula, Williams berkata, pemimpin DAP itu menjalankan tugas dengan baik sebagai menteri kewangan ketika penggal pertama pentadbiran Pakatan Harapan.

Ketika itu juga, katanya, cukai barang dan perkhidmatan digantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi Ahli Parlimen Bagan itu “tidak bebas memegang jawatan itu” ketika ini disebabkan perbicaraan rasuahnya melibatkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang masih berlangsung.

Beliau turut mempertikaikan keperluan mempunyai menteri kewangan kedua.

“Anwar sudah mempunyai dua timbalan,” katanya sambil menambah perdana menteri melaksanakan tugas dengan baik setakat ini.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, William Ng bagaimanapun berpendapat menteri kewangan kedua dapat membantu Anwar melaksanakan rancangan kerajaan.

“Individu itu mesti dihormati komuniti perniagaan, bukan saja kerana memahami konsep serta isu. Beliau juga mesti dilihat terbuka menerima idea dan kemungkinan, selain menyokong pertumbuhan.”

Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berkata, sekiranya ada pelantikan baharu, individu itu bukan saja perlu mempunyai latar belakang sewajarnya dalam bidang ekonomi, perakaunan dan kewangan, malah memiliki ilmu mengenai “kehidupan ekonomi rakyat”.

“Ini sangat penting memandangkan isu melibatkan mata wang serta persekitaran semakin kompetitif bagi pelaburan dan perdagangan.” FMT

Ong Kian Ming tidak sesuai jadi Menteri Kewangan Kedua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker