Netizen bengang Zahirah MacWilson promosi jenama pro Israel

Netizen bengang Zahirah MacWilson promosi jenama pro Israel

Baru-baru ini, aktres jelita, Zahirah MacWilson telah menerima kecaman hebat dari netizen sebaik sahaja dirinya memuat naik sebuah gambar dengan mengayakan beg tangan dari jenama antarabangsa yang diketahui berkait dengan Israel.

Pelakon ini dibidas oleh orang ramai kerana dianggap tidak sensitif walhal sekarang sudah sedia maklum topik berkenaan isu boikot ini semakin berleluasa. Bukan itu sahaja, warganet juga tidak berpuas hati kerana pelakon ini mempunyai followers yang cukup ramai di Instagram, tempat hantaran itu dimuat naik.



Jenama ini menyokong pembunuhan beramai-ramai, awak sebenarnya mampu buat lebih baik daripada ini.

Tolong sedar yang jenama tu menyokong pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Kita perlu boikot produk ini walaupun akan kehilangan tawaran kerja.

Meskipun segelintir dari peminat tahu tentang kontrak yang mungkin dibuat oleh pelakon ini bersama jenama tersebut sebelum ini, namun bagi mereka alasan itu tidak relevan. Hal ini disebabkan selebriti Malaysia tidak sepatutnya takut kehilangan kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa jika benar mereka menyokong Palestin.

Walaupun begitu, ibu kepada seorang anak ini masih tidak memberikan sebarang respon berkenaan dengan isu tersebut. Dia lebih memilih untuk berdiam diri dan berharap agak keadaan akan lega dengan sendiri.



Sebelum ini, Zahirah pernah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagramnya yang melihatkan tanda sokongan kepada negara Palestin.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen bengang Zahirah MacWilson promosi jenama pro Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker