Boikot beri kesan, The Marvels jadi sekuel paling rendah kutipan dalam sejarah MCU

Boikot beri kesan, The Marvels jadi sekuel paling rendah kutipan dalam sejarah MCU

Pada ketika ini, seluruh dunia terutama negara-negara Islam terus memboikot syarikat yang menyumbang mahupun menyokong jenayah perang yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Antara syarikat yang dimaksudkan adalah Disney yang mana mereka secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap regim Israel dengan menyalurkan sejumlah RM9.4 juta pada tempoh hari lalu.

Terbaharu, filem The Marvels terbitan Disney mencatat kutipan terendah sejak ditayangkan dan hanya sekadar meraih RM748 juta selepas 10 hari di pawagam.

Kutipan terbabit gagal mengulangi kejayaan sekuel Marvel Cinematic Universe (MCU) terdahulu contohnya Avengers: Endgame yang meraih RM744 juta pada hari pertama tayangannya.

Bahkan, Captain Marvel pun berjaya mengutip RM711 juta pada minggu pertama tayangan dan secara keseluruhan mengaut keuntungan RM5.1 bilion seluruh dunia.

Dengan kutipan agak perlahan itu, The Marvels kemungkinan akan menjadi sekuel paling rendah kutipannya dalam sejarah MCU.

Dengan kutipan agak perlahan itu, The Marvels kemungkinan akan menjadi sekuel paling rendah kutipannya dalam sejarah MCU.

Meskipun terajunya Brie Larson dan Iman Vellani turut mempromosikan filem berkenaan beberapa hari sebelum masuk pawagam, nampaknya tidak cukup membantu.

Filem itu disaingi rapat filem seram Thanksgiving arahan Eli Roth. Filem Endgame masih kekal yang tertinggi kutipannya iaitu RM13 bilion terbitan Disney.

Boikot beri kesan, The Marvels jadi sekuel paling rendah kutipan dalam sejarah MCU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker