Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori

Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori

Tanah Merah: “Belajar tinggi-tinggi kenapa jadi pemandu lori?” itu antara persoalan yang pernah pernah diajukan kepada Nurul Farhana Mohd Khaiqhir, 25, kerana memilih kerjaya sebagai pemandu lori walaupun memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Berkongsi kisahnya, Nurul Farhana yang menetap di Kampung Bukit Mas di sini berkata, dia mula menjadi pemandu lori tipper atau lori jongket sejak Mac lalu.

Meskipun ada kelulusan, Nurul Farhana tidak kisah beralih angin kerana mahu lakukan sesuatu di luar kotak dan bersyukur mendapat restu keluarga.

“Dulu, saya bekerja sebagai kontraktor binaan namun keinginan mencuba sesuatu yang baharu mendorong saya beralih bidang dengan menjadi pemandu lori.

“Sebelum ambil lesen (memandu), saya cuba pandu dulu lori bapa saudara untuk uji kemahiran memandu dan Alhamdulillah, semuanya okay walaupun tak berpengalaman memandu lori.

“Selepas dapat lesen, saya beli lori sendiri dan tubuhkan syarikat. Kiranya kini saya bekerja sendiri bukan di bawah syarikat milik orang lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Nurul Farhana berkata, waktu kerjanya tidak menentu namun lazimnya bermula 7 pagi.

Ada ketikanya, Nurul Farhana pulang menjelang Maghrib dan pernah juga lebih awal jika cuaca tidak baik.

“Pagi saya akan keluar rumah kemudian pergi ke tapak untuk ambil tanah dan bawa ke tempat sepatutnya.

“Setakat ini semua berjalan lancar kerana kerja sendiri cuma cabarannya adalah nak bersaing dengan lelaki memandangkan kerjaya saya didominasi kaum Adam.

“Saya ada belajar juga cara kendalikan lori jika ada masalah namun mungkin perlukan bantuan orang juga jika ada masalah besar,” katanya.

Berhubung perkongsian di TikTok, Nurul Farhana berkata, niatnya adalah untuk menunjukkan wanita juga boleh melakukan pekerjaan yang lazimnya sinonim dengan lelaki.

“Saya juga nak beri mesej kepada mereka yang menonton bahawa wanita perlu berdikari dan tak boleh memilih kerja. Selain itu, saya nak beri kesedaran kepada wanita supaya tak harapkan lelaki.

“Ramai puji tetapi ada juga kecam namun saya tak ambil peduli kerana puas dan seronok jadi pemandu lori. Selagi ada kudrat, saya akan bertahan dengan kerja ini dan bagi wanita yang ada minat sama, teruskan saja kerana kita lebih tahu kemampuan diri,” katanya yang aktif menyertai kejohanan lumba kenderaan pacuan empat roda (4X4). HM

Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker