IDF tidak mampu tumpaskan Hamas
IDF tidak mampu tumpaskan Hamas
Sudah lebih sebulan konflik di Gaza berlarutan namun masih tiada tanda-tanda Hamas akan lenyap walaupun Israel mengakui sudah mengerahkan ribuan tenteranya.
Apa yang dilihat hanyalah jumlah kematian penduduk awam yang semakin meningkat setiap hari.
MISI MUSTAHIL
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi menyuarakan keraguan Israel mampu mencapai matlamatnya untuk melenyapkan Hamas melalui pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza yang sudah lama dikuasai oleh gerakan Islam Palestin itu.
“Israel berkata mahu menghapuskan Hamas. Terdapat begitu ramai tentera di sini tetapi saya tidak faham bagaimana objektif ini boleh direalisasikan,” kata Ayman Safadi pada persidangan keselamatan tahunan Dialog Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) Manama di Bahrain.
Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas sejak serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lalu dan mengebom sebahagian besar Gaza City sehingga menjadi runtuhan.
Selepas melancarkan serangan bertalu-talu di utara wilayah itu, Israel kini beralih untuk meningkatkan serangan ke atas Hamas di selatan sehingga membunuh lebih 12,000 penduduk di Gaza dengan majoritinya orang awam.
Kuasa serantau Arab Saudi turut menyeru pada persidangan itu untuk gencatan senjata segera bagi menghentikan konflik Israel-Hamas.
“Kami melihat orang awam mati setiap hari dan kita perlu menamatkannya hari ini, bukan esok,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan.
Israel menolak sebarang gencatan senjata sebelum 240 tebusan dibebaskan sementara Hamas berikrar melaksanakan pertempuran yang panjang dan berterusan terhadap rejim Zionis itu
Penasihat Tertinggi Presiden AS di Asia Barat, Brett McGurk memberitahu persidangan Manama bahawa pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas akan membawa kepada lonjakan dalam penghantaran bantuan kemanusiaan dan jeda yang ketara dalam pertempuran di Gaza.
ISU PENTADBIRAN GAZA
Bekas Ketua Perisikan Arab Saudi, Putera Turki al-Faisal berkata, kegagalan sekian lama untuk menyelesaikan konflik Arab-Israel menjadi punca utama yang mencetuskan krisis semasa itu.
“Kita mesti menganggap bahawa perang juga merupakan petunjuk kegagalan politik dan diplomatik masyarakat antarabangsa. Kita semua telah gagal menyelesaikan masalah ini dan tanggungjawab terletak pada kita semua untuk mencari penyelesaiannya,” tegasnya
Serangan Israel di Gaza menimbulkan persoalan dalam kalangan kuasa dunia serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai siapa yang akan mentadbir wilayah padat penduduk itu sekiranya Hamas tewas di kawasan yang sudah dikuasainya selama 16 tahun.
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell berkata, hanya Pihak Berkuasa Palestin (PA), entiti disokong Barat yang menjalankan pemerintahan sendiri namun terhad di Tebing Barat boleh mengendalikan Gaza selepas perang Israel-Hamas berakhir.
“Hamas tidak dapat mengawal Gaza lagi. Jadi siapa yang akan mengawal Gaza? Saya rasa hanya satu pihak yang boleh melakukannya iaitu PA,” katanya.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, PA boleh memainkan peranan dalam mentadbir Gaza jika ada penyelesaian politik penuh ke arah negara Palestin di tanah yang diduduki Israel sejak 1967 merangkumi Tebing Barat.
Rundingan damai Israel-Palestin dibekukan sejak 2014 dan PA tidak popular dalam kalangan rakyat Palestin, malah dianggap sebagai subkontraktor keselamatan yang korup untuk Israel.
Hamas mengambil alih Gaza selepas perang saudara singkat pada tahun 2007 dengan parti Fatah pimpinan Mahmoud dan rundingan damai selama bertahun-tahun antara kedua-duanya gagal meneruskan pentadbiran PA di Gaza.
Penasihat Diplomatik Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash memberi amaran bahawa konflik Gaza yang berlarutan boleh menimbulkan radikalisasi di seluruh Asia Barat.
“Semakin lama krisis itu mengambil masa, semakin banyak risiko yang kita hadapi jika krisis ini merebak di luar kawalan dan saya fikir kita perlu berhati-hati,” kata Anwar. Utusan
IDF tidak mampu tumpaskan Hamas
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us