Banduan trauma tak mati selepas hukuman suntikan maut

Banduan trauma tak mati selepas hukuman suntikan maut

MONTGOMERY: Seorang banduan di penjara Amerika Syarikat (AS) tampil menceritakan detik-detik ngeri apabila suntikan maut yang dikenakan gagal membunuhnya.

Kenneth Smith, 58, mengakui mengalami kesakitan dan trauma yang teruk selepas petugas yang diarah menjalankan hukuman tersebut gagal memberikan suntikan pada saluran intravena yang tepat sebelum waran kematiannya tamat.



Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 17 November tahun lalu selepas Smith meringkuk lebih 35 tahun di penjara Alabama.

Smith dijatuhkan hukuman mati akibat membunuh Elizabeth Sennett atas arahan suaminya yang ingin menuntut insurans pada tahun 1988.

Hukuman suntikan koktel dadah jenis midazolam hydrochloride, rocuronium bromide dan potassium chloride secara teorinya akan menenangkannya dahulu dan kemudian menghentikan jantungnya tanpa rasa sakit yang keterlaluan.

“Tiada siapa yang mengendahkan rayuan saya apabila saya mengadu merasa sangat sakit dan mengerang ketika lebih 10 jarum menusuk ke dada saya.



“Tetapi akhirnya mereka berhenti dan semua orang pergi kecuali pengawal, meninggalkan saya masih terikat di katil meronta-ronta kesakitan dengan rasa amat takut tentang apa yang akan mereka lakukan seterusnya.

“Selepas pengalaman pahit selama 90 minit itu berakhir, seorang daripada pegawai masuk semula dan bertanya adakah saya masih rasa sakit. Saya berkata iya dan dia kemudian memberikan air kepada saya. Saya bertanya mengapa saya masih selamat, pegawai itu hanya menjawab, isu undang-undang,” katanya.

Smith dan peguamnya mengemukakan saman berhubung kegagalan prosedur suntikan itu dan menentang rancangan untuk menjadikannya individu pertama di AS yang akan dihukum mati sekali lagi dengan kaedah baharu menghirup nitrogen tulen sehingga lemas.

Pengkritik berhujah sama ada proses yang dikenali sebagai ‘hipoksia nitrogen’ dan belum pernah diuji itu tidak menyakitkan malah setara dengan tindakan eksperimentasi terhadap manusia. Utusan



Banduan trauma tak mati selepas hukuman suntikan maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker