Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…

Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…

Setiap umat Islam wajib menyokong serta membantu rakyat Palestin dalam perjuangan bagi membebaskan negara mereka daripada cengkaman penjajah zionis Israel.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata perlu ditegaskan bahawa kita tidak menentang penganut agama Yahudi.

Tetapi yang ditentang ialah penjajahan Israel dan pendatang dari pelbagai negara Eropah lalu mendiami bumi Palestin dengan mengusir penduduk asal menjadi pelarian di beberapa negara jiran.

Sementara yang masih tinggal menjadi mangsa diskriminasi dan dilayan sebagai warga kelas kedua atau lebih teruk lagi.

“Justeru, atas nama kemanusiaan, setiap individu Muslim malah orang bukan Islam juga mestilah membantu perjuangan rakyat Gaza dan Palestin dengan apa juga bantuan mengikut kemampuan selain menyalurkan bantuan kewangan menerusi akaun tertentu yang bertanggungjawab.

“Bantuan juga boleh dibuat dengan cara memboikot produk syarikat yang terbukti memberi sumbangan kepada negara haram itu, namun tindakan berkenaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menganiayai syarikat yang tidak menyumbang kepada tujuan terbabit seperti restoran McDonald’s Malaysia misalnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Wan Salim, penduduk Palestin dengan bantuan negara Islam, juga negara bukan Islam yang bersimpati mesti membekalkan kelengkapan tentera bagi kumpulan Hamas di Gaza serta rakyat Palestin seluruhnya.

“Isu Gaza dan Palestin adalah isu keadilan dan isu kemanusiaan sejagat, namun bagi umat Islam ia juga ada kaitan dengan agama mereka. Sama-samalah kita menyokong perjuangan saudara kita yang malang serta menghulurkan bantuan kepada mereka,” katanya. BH

Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker