PSKL2040: 139 dikenal pasti kawasan pembangunan semula di ibu kota

Terdapat 139 kawasan telah dikenal pasti sebagai kawasan pembangunan semula di ibu kota hingga 2040, menurut dokumen Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040).

Pembangunan semula itu melibatkan kawasan ‘brownfield’ dengan penggunaan yang kurang ekonomik, kawasan industri lama serta kawasan berpotensi daripada hasil pelaburan infrastruktur transit, pemuliharaan sungai dan sebagainya, bagi mewujudkan persekitaran yang lebih menarik di Kuala Lumpur

Dokumen PSKL2040 menyatakan kawasan pembangunan semula di sekitar zon transit akan mempunyai intensiti yang lebih tinggi daripada kawasan yang lain serta perlu sesuai dengan persekitarannya.



Zon guna tanah pembangunan semula di sekitar kawasan transit berkenaan digalakkan untuk aktiviti pembangunan bercampur bagi meningkatkan persekitaran yang lebih bersepadu.

“Terdapat beberapa zon transit dikenal pasti sebagai kawasan pembangunan semula iaitu Federal Cable, Jalan Berangan, Jalan Kenanga, Jalan Tiong Nam, Jalan Haji Taib, Jalan Alor, Jalan Raja Bot, Jalan Rahmat, Jalan Melayu-Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut, Jalan Petaling, Jalan Inai, Jalan Maharajalela dan Jalan Talalla,” menurut dokumen itu.

Dokumen PSKL2040 menyatakan pembaharuan semula bagi kawasan brownfield bertujuan mewujudkan pembangunan yang mampan dan berdaya huni dengan antara kawasan brownfield dikenal pasti ialah perumahan awam dan swasta lama, pasar, penjaja kecil dan medan selera, perumahan lama serta industri dan komersial lama.

“Perancangan bagi kawasan pembaharuan semula bandar ini perlu menyediakan pelan reka bentuk bandar yang terperinci bagi memandu reka bentuk bangunan dan persekitaran alam bina yang lebih bersepadu, inklusif dan rendah karbon,” menurut dokumen itu.



Dokumen PSKL2040 turut menyatakan pemuliharaan bandar dan bangunan lama yang tidak diguna dengan sebaiknya perlu diberi suntikan baharu supaya dapat mengaktifkan semula kawasan serta fungsi bangunan berkenaan.

“Melalui pemuliharaan bandar, ia akan mengurangkan tekanan pembangunan serta kadar perubahan fizikal kepada kawasan yang mempunyai nilai sosial, persekitaran dan sejarah yang khas dan unik.

“Bangunan lama di kawasan tersebut pula perlu digalakkan untuk digunakan semula daripada terus dibiarkan usang, tidak dijaga dan tidak aktif bagi mencerminkan identiti bandar yang lebih berkualiti,” menurut dokumen itu.

Kawasan yang mempunyai bangunan berpotensi untuk diaktifkan semula ialah Medan Pasar, Jalan Tangsi, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Pasar Sungai Besi.



Diwartakan pada 19 Okt lalu, PSKL2040 kini menggantikan PSKL2020 sebagai dokumen perancangan masa hadapan Kuala Lumpur dalam memacu pembangunan strategik ibu negara Malaysia secara indikatif hingga 2040.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker