Pegawai Imigresen maut elak kenderaan keluar simpang

Pegawai Imigresen maut elak kenderaan keluar simpang

BATU PAHAT: Perjalanan pulang seorang pegawai Jabatan Imigresen ke rumahnya di sini, berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Kluang berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lalang, semalam.

Nahas berlaku pada jam 3.50 petang ketika mangsa, Muhamad Khairi Hamzah, 28, menunggang motosikal dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan keluar dari simpang dan terjatuh.



Akibatnya, mangsa parah pada kepala serta beberapa anggota badan lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4.10 petang.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang bekerja di Pejabat Imigresen cawangan Kluang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baru, Sri Gading di sini.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya disyaki hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi.



Ismail berkata, mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Asma’i Md Yusoff di talian 07-4327704,” katanya. BH

Pegawai Imigresen maut elak kenderaan keluar simpang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker