Ernie Zakri kongsi pengalaman sertai PLKN

Ernie Zakri kongsi pengalaman sertai PLKN

Ernie Zakri berkongsi keseronokan berpeluang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ketika remaja.

Ernie menganggap tempoh tiga bulan program itu tidak wajar dipandang negatif. Sebaliknya, melalui PLKN, dia belajar ilmu baharu dan membentuk dirinya kuat dalam aspek fizikal dan mental.



“Saya adalah selembik-lembik manusia. Maksudnya, untuk berkawad itu tidak. Saya juga tidak suka berjemur di tengah panas dan bangun pagi untuk bersenam.

“Namun, melalui PLKN, saya dapat kenangan manis. Percaya cakap saya, kenangan manis banyak dalam PLKN. Saya fikir, adik-adik berusia 16 tahun dan ke atas wajar ikuti program ini.

Ernie mengaku menimba banyak pengalaman dan ilmu baharu ketika mengikuti PLKN pada zaman remaja. Foto NSTP Aziah Azmee
Ernie mengaku menimba banyak pengalaman dan ilmu baharu ketika mengikuti PLKN pada zaman remaja. Foto NSTP Aziah Azmee
“Melalui PLKN, kita kena belajar ‘survival skill’, bagaimana kita hendak berjuang dalam dunia ini. Saya fikir anak-anak yang lahir era 1990-an, lain sedikit bakat mereka,” katanya ditemui pada majlis pelancaran album kedua diberi judul Aura di pusat beli-belah Sunway Putra di sini, semalam.

Berkongsi antara kenangan manis yang tidak boleh dilupakan, Ernie yang ditempatkan di Kem Behrang, Perak, mengaku sempat menjalin ‘cinta monyet’ ketika dalam latihan.



“Saya sempat jumpa ‘boyfriend’ di situ. Tetapi di PLKN sahaja, kemudian putus,” katanya sambil ketawa.

Ernie optimis pelajar terpilih mengikuti PLKN gembira selepas mengikuti program berkenaan.

“Pergi dahulu dan cuba. Saya ada tengok kawan merana di katil. Dia tak mahu pergi, namun, bergantung kepada individu.

“Di sana macam-macam aktiviti kita lakukan seperti memanah dan menembak. Tetapi, tidaklah sampai mencederakan. Mereka kawal kita dengan rapi dan dijaga baik. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.



Sementara itu, album Aura menampilkan 10 lagu karya Aubrey Suwito, Ezra Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat, John Jeeves, Ade Govinda dan beberapa lagi.

Suami Ernie, Syamel turut menyumbangkan lagu Jangan Hilang Percaya. Aura sudah dilancarkan di semua platform digital dan video muzik single Masing-Masing boleh ditonton di YouTube. BH

Ernie Zakri kongsi pengalaman sertai PLKN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker