Suami bakar isteri kerana keluarga mentua tuduh hisap dadah

Suami bakar isteri kerana keluarga mentua tuduh hisap dadah

Gara-gara tidak berpuas hati dituduh menagih dadah, seorang suami bertindak membakar isterinya sendiri di rumah mereka di Kampung Bharu, Manjung, Perak.

Berdasarkan kenyataan polis, pihak Ibu Pejabat Daerah Manjung telah mendapat panggilan daripada seorang wanita yang memberitahu bahawa adiknya telah membakar isterinya.



Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarganya kerana menuduh suspek mengambil dadah.”
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata suspek berusia 28 tahun itu telah ditangkap polis semalam kira-kira jam 11 malam di sebuah restoran di Lumut, Manjung bersama dengan bahan bukti.

Mangsa berusia 33 tahun itu telah dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 12. 20 tengah hari.

Pihak hospital akan melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa esok untuk mengetahui punca kematiannya.

Sementara itu, suspek yang dibawa ke mahkamah harini telah dikenakan perintah reman selama 7 harini sehingga 18 Julai untuk membantu siasatan.



Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan akan dihukum mati.

Suami bakar isteri kerana keluarga mentua tuduh hisap dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah



Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker