Iklan khidmat seks di laman web, 10 individu mengaku tidak bersalah

Iklan khidmat seks di laman web, 10 individu mengaku tidak bersalah

BALIK PULAU: 10 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengiklankan khidmat pelacuran secara dalam talian menerusi laman web berpangkalan di Australia.

Semua tertuduh Soay Say Hean, Teh Hang Wei, Karen Tang Xin Ying, Lay Cheak Joe, Jack Oon Han Jie, Lee Suet Yee, Beh Shing Ping, Ang Hooi Qian, Lim Shin Ghee dan Beh Shin Yuan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca serentak di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.



Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 21 hingga 33 tahun terbabit secara bersama di sebuah premis komersial di Bayan Baru telah mengiklankan khidmat pelacuran secara dalam talian di laman web dikenali sebagai www.escortsandbabes.com.au jam 5.30 petang pada 20 Oktober lalu.

Secara munasabah laman web tersebut boleh difahami sebagai laman web yang menawarkan khidmat seks bagi mana-mana orang yang memasuki platform dalam talian berkenaan.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan selain boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala esemua tertuduh kecuali Karen Tang Xin Ying, diwakili peguam, C Pang.



Jin Hong menawarkan jaminan M15,000 bagi setiap seorang tertuduh serta memohon tiga syarat tambahan iaitu semua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri pada setiap satu hari bulan di balai polis berdekatan hingga kes selesai.

Bagaimanapun, C Pang memohon kadar itu dikurangkan kepada RM5,000 kerana semua anak guamnya mempunyai tanggungan manakala K Selva yang mewakili Tang Xin Yin berkata, anak guamnya berusia 21 tahun baru sebulan bekerja di premis terbabit sebagai kerani dan menerima gaji kurang RM2,000.

Mahkamah membenarkan permohonan syarat tambahan oleh Timbalan Pendakwa Raya dan menetapkan wang jaminan RM6,500 berserta seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 30 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.



Pada 22 Oktober lalu, media melaporkan menahan 11 individu dalam serbuan ke atas premis komersil di Bayan Baru, dekat sini yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket menawarkan khidmat pelacur yang beroperasi di Australia.

Modus operandi sindiket yang berperanan sebagai orang tengah menerusi laman web berpangkalan di Australia bagi mengiklankan aktiviti pelacuran menyasarkan pelanggan di negara terbabit mampu mengaut bayaran komisen hampir RM1 juta sebulan. BH

Iklan khidmat seks di laman web, 10 individu mengaku tidak bersalah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker