Messi, Alba mungkin digantung, tarik diri aksi All-Star MLS

Messi, Alba mungkin digantung, tarik diri aksi All-Star MLS

Messi, Alba mungkin digantung, tarik diri aksi All-Star MLS
MESSI tarik diri daripada perlawanan MSL All-Star. -FOTO Reuters

Los Angeles: Bintang sensasi Argentina, Lionel Messi dan rakan sepasukannya di Inter Miami, Jordi Alba berdepan kemungkinan digantung satu perlawanan selepas menarik diri daripada perlawanan All-Star Major League Soccer (MLS).

Kedua-dua pemain itu sepatutnya berada dalam kesebelasan utama skuad gabungan MLS menentang pasukan pilihan Liga-MX Mexico dalam aksi pertunjukan tengah musim yang dijadual berlangsung di Austin, awal pagi hari ini.

Namun, menurut sumber liga, Inter Miami memaklumkan kepada pegawai penganjur semalam bahawa Messi dan Alba tidak akan menyertai perlawanan itu.

Di bawah peraturan MLS, mana-mana pemain yang menarik diri daripada aksi All-Star tanpa alasan kukuh seperti kecederaan berisiko digantung satu perlawanan.

Bagaimanapun, sumber liga memberitahu AFP bahawa sebarang tindakan disiplin hanya akan diputuskan selepas MLS berbincang dengan Inter Miami bagi mengesahkan alasan sebenar penarikan diri itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Penyertaan Messi dan Alba dalam aksi pertunjukan itu sudah pun menjadi tanda tanya selepas ketua jurulatih Inter Miami, Javier Mascherano menyatakan pada hujung minggu lalu bahawa beliau mahu kedua-dua pemain itu berehat.

“Pemain-pemain itu sudah dipanggil. Saya lebih suka mereka berehat, tetapi itu bukan keputusan saya.

“Saya tahu betapa pentingnya perlawanan All-Star, dan setakat yang saya tahu, tiada keputusan rasmi daripada kelab semuanya berjalan seperti biasa,” kata Mascherano.

Messi, 38, dan Alba, 36, masing-masing mempunyai sejarah kecederaan dalam tempoh terdekat ini, selain Inter Miami juga menghadapi jadual padat termasuk penyertaan dalam Piala Dunia Kelab FIFA baru-baru ini.

Messi, Alba mungkin digantung, tarik diri aksi All-Star MLS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker