Mayat wanita bersama satu periuk berisi arang dibakar dalam kereta di Sungai Buloh
Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan meletak kenderaan Restoran Jejantas Sungai Buloh, arah utara, dekat sini, pagi tadi.
Polis menerima laporan berhubung penemuan seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta melalui panggilan MERS999 kira-kira jam 10.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pasukan dari Balai Polis Kota Damansara digerakkan untuk pemeriksaan dan anggota polis mendapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berkunci.
“Mangsa warganegara tempatan berumur 30 tahun dilaporkan hilang dari kediaman di Taman Kepong, Kuala Lumpur. Laporan dibuat oleh keluarganya kelmarin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, polis menjumpai satu periuk berisi arang yang sudah dibakar di dalam kereta terbabit.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Beliau berkata, individu yang maklumat mengenai kejadian atau mengenali mangsa, diminta tampil menbantu siasatan polis dengan menghubungi Balai Polis Kota Damansara di talian 03-61421222.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur
You must be logged in to post a comment.