Label kafir, Zionis kini dilarang di Dewan Rakyat

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mahu ahli parlimen berhenti melabelkan satu sama lain dengan perkataan seperti “kafir”, “Zionis” dan “Yahudi” atau yang boleh mengguriskan hati ketika berbahas di Dewan Rakyat, seperti yang berlaku minggu lalu.

Johari berkata bahawa penggunaan perkataan seumpama itu adalah “salah” dan bertentangan dengan Peraturan Tetap 36(10)(c) kerana berkemungkinan menimbulkan perasaan sakit hati atau bermusuhan di antara satu kaum dengan kaum yang lain di Malaysia.

“Yang Berhormat hendaklah menunjukkan tingkah laku yang terpuji semasa mengetengahkan isu-isu rakyat dan negara. Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan ini sebagai medan politik kumpulan mahupun individu.

“…pada hari ini, saya mengajak ahli-ahli Yang Berhormat membuka lembaran baharu. Padamkanlah isu panas tersebut yang berlaku pada minggu lalu. Biarkanlah perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat berlandaskan isu demi membela nasib rakyat di luar di sana.

“Saya tegaskan bahawa saya tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mengambil tindakan sekiranya isu dan perkataan yang dimaksudkan tadi dibangkitkan lagi,” katanya.

Johari juga memberi peringatan supaya isu- isu peribadi yang dibangkitkan dan dilaporkan di luar hendaklah tidak dibawa dan diungkit di dalam Dewan Rakyat.

Minggu lalu, ketegangan memuncak di Dewan Rakyat apabila pada Selasa (17 Okt) Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) bertengkar dengan Howard Lee (PH-Ipoh Timur).

Marzuk dalam perbahasannya mengulangi dakwaan PN bahawa Lee dalam video tular bulan lalu, yang dilihat menjadi subjek siasatan polis, telah salah tafsir ayat al-Quran yang menyentuh isu kesetiaan kepada pemerintah atau pemimpin.

Wakil rakyat PAS itu kemudiannya melabelkan DAP sebagai “kafir”.

RSN Rayer (Pakatan Harapan-Jelutong) tampil membantah penggunaan yang didakwanya “kurang sopan” dan “biadap” kerana DAP juga mempunyai ahli Parlimen Melayu-Islam dari Bangi, Bukit Bendera dan Bentong.

Sebagai tindak balas, Marzuk berkata dia akan menarik balik kenyataannya jika ia “disalah tafsir”, kerana ini hanya disasarkan kepada ahli Parlimen bukan Islam DAP.

Bagaimanapun, Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang mendakwa terguris dengan pelabelan kafir oleh pembangkang terhadap parti itu mahu merujuk Ahmad Marzuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Johari hari ini berkata usul Syahredzan sedang dikaji.

Kekecohan turut tercetus pada 18 Oktober lalu selepas Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mencelah perbahasan Muhyiddin Yassin (Perikatan Nasional – Pagoh) dengan membangkit kes menantunya Muhammad Adlan Berhan yang kini menjadi buruhan SPRM.

Shahidan Kassim (PN-Arau) kemudian bangun dan menjerit “ini bangsat punya orang” dan melabelkan Khoo sebagai “biadab”.

Perbahasan dihangatkan lagi apabila Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) menasihatkan Khoo supaya “jangan ikut perangai Zionis”. Kedua-dua pihak kemudian  bertikam lidah semula.

Johari hari ini menjelaskan bahawa walaupun perkataan “Zionis” boleh digunakan, ia tidak sepatutnya dikaitkan dengan mana-mana ahli parlimen dalam dewan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker