Disebabkan keberkatannya “siapa menguasai Palestin dia menguasai dunia” – Bhg 1

Disebabkan keberkatannya “siapa menguasai Palestin dia menguasai dunia” – Bhg 1

Istimewanya Palestin dalam sirah para nabi hingga lahirnya nabi terakhir, nabi Muhammad s.a.w. Malah Palestin terus saling berkait apabila mikrajnya Nabi s.a.w tidak dilakukan secara langsung daripada kota suci Mekah sebaliknya menempuhi perjalanan ke Masjidil Aqsa di bumi Palestin.

Kun fayakun, boleh sahaja Allah mengatur perencanaan perjalanan untuk Muhammad s.a.w diangkat terus ke langit dari kota Mekah tapi ia tidak berlaku sedemikian. Ia sekali gus menunjukkan istimewanya Palestin, negara yang disebut-sebut keberkatannya sebanyak enam kali di dalam al-Quran.

Perkataan barakah daripada sudut pandangan ulama merujuk kepada sesuatu yang baik dan bertambah. Bahkan berkembang.

Namun bila dikaitkan dengan bumi Palestin, sudah tentu ia merujuk lokasi bumi tersebut yang dikenali sebagai bumi para anbiya, sekali gus bumi yang banyaknya turun wahyu daripada Allah. Malah secara tidak langsung, dikaitkan sebagai bumi yang banyaknya turun para malaikat yang menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul-Nya.

Justeru, atas keberkatannya itulah, perkataan ‘barakna’ disebut sebanyak enam kali di dalam al-Quran yang kesemuanya merujuk kepada Palestin.

Lantaran keberkatan itulah, ada pandangan yang menyebut, tidak ada pun di bumi Palestin itu satu inci daripada tanahnya yang tidak pernah menerima sujud daripada para nabi.

Hal tersebut turut dipersetujui oleh pendakwah bebas Hasrizal Abdul Jalil yang menjelaskan, keberkatan Palestin itu turut dilihat dari segi sejarahnya apabila semua nabi dan rasul yang diketahui, jika tidak bermastautin di Palestin sekali pun pernah menziarahinya termasuk Nabi Muhammad s.a.w di dalam peristiwa al-Israk dan Mikraj.

Apa pun memetik pandangan Ibnu Kathir, selain keberkatan Palestin sebagai bumi para anbiya, ia juga dilihat daripada sudut fizikal atau geografi tanah Palestin itu. Ini termasuklah tumbuh-tumbuhannya, serta buah-buahan yang dihasilkan juga bunga-bunganya.

Bukan itu sahaja kedudukan lokasinya cukup strategik apabila negara tersebut berada di antara pelabuhan di Laut Mediterranean dan Laut Merah.

Maka ada ulama mengaitkan, turunnya surah at-Tin yang bermula dengan kalam sumpah daripada Allah itu merujuk kepada negara Palestin. Dalam Sahih Tafsir Ibnu Katsir menyebut, al-‘Aufi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa yang dimaksudkan dengan at-Tin ialah masjid Nabi Nuh yang terletak di atas gunung al-Judiy. Manakala buah Zaitun, Ka’bul Ahbar, Qatadah, Ibnu Zaid dan yang lainnya merujuk kepada Masjid Baitul Maqdis.

Apa pun tiga turutan ayat pertama surah berkenaan boleh dijelaskan begini.

Pertama, tempat buah Tin dan Zaitun iaitu Baitul Maqdis, di situ Allah mengutuskan Nabi Isa a.s, putera Maryam.

Kedua, apabila disebut gunung Sinai, di situlah tempat Allah berbicara dengan Nabi Musa bin Imran dan Dia muncul bersinar dari Sa’ir (gunung Baitul Maqdis) di mana Allah mengutus Nabi Isa. Dan Dia nampak begitu jelas di gunung Faran iaitu gunung-gunung yang terdapat di Mekah, di mana Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w.

Dipandang keberkatannya juga apabila lahirnya para sarjana Islam zaman berzaman di negara tersebut. Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Idris al-Shafi’e (150-204 M) contohnya merupakan anak kelahiran Gaza di Palestin.

Namun, setiap kali Allah menyebut tentang keberkatan Palestin, Allah menyebutnya dalam konteks pemerintahan para nabi dan rasul. Keberkatan Palestin itu juga kelihatan pada siyadah atau kedaulatannya di sepanjang sejarah yang dicatat oleh manusia.

Pada satu-satu masa, kuasa yang memerintah Palestin menjadi kuasa besar bukan setakat di rantau persekitaran malah menjadi kuasa besar dunia. Ternyata hal ini pernah diungkapkan oleh Salahuddin al-Ayubi dengan berkata,

“Siapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.”

Di era pra Islam, apabila Umar bin al-Khattab r.a. memasukkan Palestin ke wilayah Islam pada tahun 16H, eranya menjadikan Islam bukan lagi sekadar kuasa politik Semenanjung Tanah Arab, sebaliknya menjadi kuasa besar dunia yang menumbangkan Empayar Parsi yang berdiri zaman berzaman.

Satu kuasa demi kuasa memerintah Palestin. Ada yang memerintah dengan adil. Ada yang memerintah secara zalim dan penindasan. Bergilir-gilir antara kuatnya pengaruh tauhid, dengan besarnya gelombang riddah dan syirik.

Selepas Palestin beralih tangan daripada Daulah Uthmaniyyah yang mentadbirnya semenjak tahun 1517 di bawah pemerintahan Sultan Selim I, British mentadbir bumi itu dengan mandat oleh League of Nation, dan akhirnya jatuh ke tangan Yahudi Zionis secara rasminya pada tahun 1948.

Semenjak itu, hingga ke detik ini, lobi Yahudi Zionis itulah kuasa besar dunia, dengan pelbagai makar mereka di Palestin, dan empat penjuru alam.

Umat Islam harus yakin bahawa suatu hari nanti, Allah telah menjanjikan Palestin akan dikembalikan semula kepada umat Islam sebagaimana firman Allah surah al-Isra: 7

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. Utv

Disebabkan keberkatannya “siapa menguasai Palestin dia menguasai dunia” – Bhg 1

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker