Kucing punca 100 kebakaran di Korea Selatan

SEOUL – Jabatan bomba di Seoul memberi amaran kepada semua pemilik kucing di Korea Selatan agar memantau kucing peliharaan mereka selepas lebih 100 kejadian kebakaran sejak tiga tahun lalu berpunca daripada haiwan tersebut, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Bencana Metropolitan Seoul pada Khamis lalu memaklumkan bahawa kucing telah menyebabkan sejumlah 107 buah rumah terbakar antara Januari 2019 dan November tahun lalu.

Menurut jabatan itu, kucing-kucing tersebut dipercayai mencetuskan kebakaran dengan menghidupkan dapur elektrik.



Haiwan itu boleh menghidupkan dapur elektrik dengan melompat pada butang sensitif sentuhan, seterusnya menyebabkan kebakaran apabila peralatan itu menjadi terlalu panas.

“Kebakaran berkaitan kucing terus berlaku baru-baru ini.

“Justeru, kami menasihatkan isi rumah yang mempunyai haiwan peliharaan supaya memberi perhatian lebih kerana api boleh merebak dengan pantas apabila tiada sesiapa di rumah,” kata seorang pegawai jabatan tersebut, Chung Gyo-chul.

Selain itu, jabatan itu turut menasihatkan pemilik kucing untuk mengeluarkan objek mudah terbakar seperti tuala kertas dari dapur.



Ia turut mencadangkan penggunaan fungsi kunci automatik pada dapur elektrik untuk mengelakkan risiko kebakaran. – AGENSI

Kucing punca 100 kebakaran di Korea Selatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kucing mangsa banjir fobia tengok air

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker