2 kertas siasatan Ebit Lew diserah kepada Jabatan Peguam Negara

2 kertas siasatan Ebit Lew diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual melibatkan pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kedua-dua kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada jabatan itu untuk tindakan lanjut.



“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, menurut Berita Harian.

Dilaporkan sebelum ini, seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pendakwah terbabit.

Ebit Lew kemudiannya turut membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

Susulan itu, polis merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.



Rakaman percakapan itu direkodkan di IPK Selangor bagi siasatan lanjut. FMT

2 kertas siasatan Ebit Lew diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker